Selasa, 16 Disember 2008

Catatan Rehlah Keluarga JIM SPT

Sabtu: 13 Disember 2008

Selepas bersama meraikan kenduri kahwin anakanda Hj Rashid dan Kak Zah, warga JIM SPT bergegas ke program "Rehlah Keluarga JIM SPT" di Sedim Eco Theme Park Resort.

Program bermula sejak jam 3.00 pm hingga 5.00 pm, lapor diri, mandi manda dan persiapan BBQ. Maghrib berjemaah diimamkan oleh Hj Isa dan Tazkirah Perdana oleh Hj Atan dengan pengisian mengenai perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah saw, seperti Muaz Al Jabar & Umar Al Khatab. Siap dengan tangkap syahdu apabila menceritakan perihal Umar pada zaman jahiliahnya.


Generasi Z dengan bermain air.

Isyak berjemaah diimamkan oleh sdr Zulkar9. Kemudian kami berbincang mengenai ulasan Ucapan Dasar Ketua Wanita dan Presiden JIM yang dibentangkan oleh Hjjh Zabedah dan YDP Rusli Hasim.

Penutupnya pula Ustazah Saliza & sdr Harryzan memberi penyampaian mengenai HPA plan dan info terkini. Semua penyampaian pada malam itu menggunakan projektor & komputer riba. Alat siaraya JIM SPT dibawa khas dari Pusat Komuniti JIM ( PKJ ). Tamat kurang lebih jam 11.59 pm.


Generasi Y

4.30 am hari Ahad 14 Dis 2008 dimulakan dengan qiam di kediaman masing-masing. Sebuah bungalo untuk akhawat dan anak-anak. Dua buah rumah berkembar untuk ikhwah, remaja dan aulad yang lain. Subuh diimamkan oleh Ust Hj Rozee dan sedikit info mengenai "yoga".

Terus dengan sesi taaruf generasi Y & Z. Anak-anak ini telah diberi peluang bercakap meperkenalkan diri, ibu bapa & cita-cita mereka.


Generasi Baby Boomer, X, Y & Z

Senaman pagi dibawa oleh sdr Ahmad Baharuddin. Selepas sarapan sesi PATT bermula dengan aktiviti air dan sebagainya. Rata-rata program ini memang best. Tempat best, BBQ best, Tazkirah best, mandi best dan penganjuran pun best.

Jzkk kepada Kak Mon dan akhi Zulkar9 penganjuran program ini dan juga akhawat yang menyediakan makanan.


Perbincangan ulasan Ucapan Dasar

Lepas itu pergi kenduri adik Rahimie Che Yen pula di Penaga.


Catatan oleh: Rsli hashim ( YDP )

Sabtu, 13 Disember 2008

Foto-foto Aktiviti Kemasyarakatan JIM

Majlis korban sempena Eidul Adha 1409H di Kemboja. Aktiviti ini diadakan setiap tahun dengan masyarakat setempat.



Khamis, 11 Disember 2008

REHLAH KELUARGA JIM SPT



Tarikh: 13 dan 14 Dis 2008
Tempat: Sedim Eco Park, Kedah.


Tentatif Program

Masa Aktiviti

13/12/08 (Sabtu)

3-5 ptg Check in
Pengurusan keluarga
Aktiviti keluarga

5-5.30 ptg Solat Asar.
5.30-7.30 ptg Barbeque & makan malam

7.30-8.00 mlm Solat maghrib jemaah
8.00-8.30 mlm Tazkirah
8.30-9.00 mlm Solat Ishak jemaah
9.00-10.30 mlm Ulasan & perbincangan Ucapan Dasar
10.30-11.30 mlm Supper

14/12/08 (Ahad)

4.30 – 5.45 pg Qiam
Solat subuh
6.30- 7.00 pg Al-Mahturat
7.00 -7.30 pg Riadah
7.30 – 8.30 pg Sarapan
8.30 – 10.30 pg Perbincangan Takwim Wanita
Mini Sukaneka

Semasa program mak & bapa, anak-anak aulad ada program sendiri dikendali oleh anak-anak remaja

Hubungi: Abu Hanifah di talian 019 5753119 untuk keterangan lanjut

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa







Mari sesama kita doakan supaya tragedi ini dapat ditangani secara berhemah dan teratur. Juga tragedi ini akan menjadi satu iktibar bagi kerajaan maupun mangsa yang terlibat dan kita juga...

Untuk cerita lanjut kunjungi blog Roes - gandasura's cottage di petak weblog ahli JIM atau klik ke http://mohdroesli.blogspot.com/2008/12/tanah-runtuh-bukit-antarabangsa.html

Rabu, 10 Disember 2008

Ziarah Bonda YDP JIM Pulau Pinang di Ipoh

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh bonda YDP JIM Pulau Pinang Ir Jamaluddin yang telah lebih dahulu mengadap Ilahi.

JIM SPT telah diwakili oleh YDP Rusli Hashim, P.Bendahari Rahidah Saad dan JK Kebajikan Ahmad Baharuddin serta isteri.

Bertolak jam 8.00 malam sampai kembali ke Pulau Pinang jam 3.00 pagi.

Sempat berjumpa sahabat-sahabat JIM Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang lain. Semoga dipermudahkan Allah SWT segala urusan keluarga YDP PP kita, Amin!

Diantara pesanan YDP PP kepada kita semua;

" Kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa banyaklah buat kebajikan kepada mereka dan jika sibuk pun taliponlah selalu bertanya khabar. "

J & W

Rusli Hashim
YDP JIM SPT

JIM Barat Daya - KBM remaja untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5

JIM Barat Daya telah pun menjalin hubungan dengan JKKK Teluk Bahang. Hubungan telah bermula dalam bulan puasa semasa sesi sumbangan fakir miskin. Ini diikuti dengan hari silaturahim awal Nov.

Mereka telah meminta JIM membuatkan suatu aktiviti untuk remaja. Maka dengan itu JKKK Titi Teras dan JKKK Teluk Bahang bersama JIM Barat Daya akan menganjurkan:

Kem Motivasi Remaja ( KBM )
di Sek Men Teluk Bahang
pada 13 dan 14 Disember


Penyertaan adalah untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 (pada 2008) sahaja. Mereka yang berminat sila daftarkan anak-anak antum dengan Zulfahmi 019.4565.817.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis 11 Dec 2008 11:59 pm

Tentatif program:

hari sabtu - 5 slot
a. knowing me knowing you
b. titian kejayaan
c. akrab persahabatan
d. sihat sepanjang hayat
e. meniti angin malam

hari ahad - 4 slot
a. meniti embun pagi
b. kini dan hijrah
c. ku sayang ibu ayah (slot bersama ibu ayah)
d. menyemai kasih menuai sayang

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat BerEidul Adha

Buat semua umat Islam seantero dunia;

" Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha! "

Semuga keadaan umat Islam terbela dengan pengorbanan demi pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh para syuhada, sedang dilakukan oleh para daei, para ilmuan kecil dan besar.

Sesunggunya perjuangan tidak bernoktah dan pengorbanan tidak dihampakan. Allah maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Berlakunya sesuatu itu dengan hikmahnya tersendiri.

Juga takziah buat mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Juga kejadian bas terbalik.

Juga buat pejuang di Palestin, Afganistan dll di serata pelusuk dunia.

Marilah kita berusaha melakukan amal sedaya upaya. Jadikan hari mulia ini sebagai titik tolak untuk kita membangun diri!

s/u - abu hanifah

Ahad, 30 November 2008

Buku Orang Masjid Kontemporari

Assalamu`alaikum,


Ini lah buku saya yang telah diterbitkan dan diedar pada bulan Februari '08 lalu. Sebanyak 4000 naskhah telah berada di pasaran. Sedutan topik:

TOPIK 1: Dakwah, Persekitaran Dan Ummah

“` Jadi kita mestilah merasakan diri kita ini, adalah pendakwah atau Islamic Workers yang berada dalam satu wadah Islam yang mempunyai satu matlamat yang murni. Kita mestilah berperanan sebagai Penyelesai Masalah Ummah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan.“

Informasi lanjut, layari: http://bertamadun.wordpress.com/

Rosidi Hussain
ahli JIM ke 5615

Rabu, 19 November 2008

Buku Risalah Pemimpin Ke 9 - Bakal Terbit!



Sedikit ulasan mengenai tajuk dan kulit

"Idealisme" bermaksud aktivis muda dengan idea-idea kreatif dan baru. "Kematangan" bermaksud aktivis lama yang matang dan sarat dengan pengalaman. Gabungan kedua-dua aktivis ini mampu memacu untuk mencapai agenda pejuangan.

Salaman tangan dilingkungi dengan bulatan bertone umpama medan tenaga sebagai simbolik paduan 2 akivis ini. Lagi kuat genggaman tangan, lagi kuat tenaga pacuan yang akan dihasilkan. Bulatan-bulatan kecil di bawah mewakili saf yang terusun dan teratur dalan paduan ini.

Pemilihan kod warna C60K30 (Cyan 60% dan Black 30%) sebagai asas warna latarbelakang juga sebagai simbolik gabungan di atas. Betulkah gabugan peratusan 60% orang muda + 30% orang lama atau nisbah 2:1 boleh menghasilkan pacuan yang hebat?

Ini boleh dibahaskan oleh semua ahli dan rakan JIM

petikan dari lamanweb JIM oleh:
abu hanifah

Jumaat, 7 November 2008

Makan Malam Di Sek Al Masriyah

Salam,

Semalam ana sempat menghadiri satu program anjuran pelajar asrama Sek Agama Al Masriyah,BM. Ana pergi menggantikan YDP yang tidak dapat pergi kerana ada kelas silat. Bersama ana, zaujah dan dua orang anak ana yg kecik. Turut serta ialah Eida Khairai, maman yang montel dan Rahidah, isteri YDP.

Ana rasa pelik pada mulanya sebab tidak ada siapa pun yang datang menyambut sedangkan pihak akhawat ada dan depa dipersilakan duduk. Tapi ana kantoi sorang-sorang. Macam mana nak buat ni? Mulalah perasaan tebal muka dah mai. Mula cari jalan. Panggil zaujah, 'abang balik dulu la kot" Tapi, eh! Lepas tu baru ada orang datang suruh duduk. Legaa...

Bertaaruf dengan guru besar Us Zulkamal; hebat orangnya. Ana pekenal diri. Ana ni wakil JIM. Oh..mana cikgu Rusli? Tanya dia..dia ada kelas silat kat...hebat dia...cuma ana tidak cerita dia boleh terbang atas kepala orang...yang sedang tidur je.

JIM dikenali sebagai bapa dan ibu angkat sekolah itu khususnya pihak asrama.Yang menyerlah ialah program KBM kata ust Zulkamal. Silat baru start. Dia amat senang dengan pendekatan silat cikgu Rusli ( ana goreng lagi la bab ni..goreng cantikkk punya ).Cuma halaqah pelajar dah start ke belum tidak pasti.

Yang menarik dia perkenal anak dia...yang belum kahwin lagi. Menarik ni. Anak sulong. Lelaki la. Rupanya anak dia bekas pelajar ust Khairul Anuar.

Ana dan Rahidah diantara tetamu yg dipanggil mengambil cenderahati. Insyaallah cenderahati itu akan di gantung kat PKJ.

ok panjang menulis ni..


- hj atan
tydp

Rabu, 5 November 2008

Kelas Silat Di Sek Masriyah

Syukur lantaran usaha untuk melebarkan usaha dakwah ke dalam masyarakat dengan mengambil kesempatan melalui keperlbagaian wadah telah dapat direalisasikan melalui usaha JK Remaja dibawah tanggungjawap Rahimie Che Yen.

Menurut Rahimie kelas seni mempertahankan diri ini akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Sek Agama Al Masriyah. Buat masa ini terdapat 25 orang pelajar melibatkan diri dimana 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Mereka amat beruntung kerana mendapat ilmu persilatan ini terus dari cikgu Rusli Hashim dan cikgu Rahidah Saad.

Semuga kelas ini akan berterusan dan pesilat-pesilat ini pula akan menggunakan ilmu seni mempertahankan diri untuk kebaikan agama dan masyarakat.

Harapan dari seluruh warga JIM Seberang Perai Tengah agar JKuasa Remaja dan jurulatih dari PSSPGM ini akan berusaha menerapkan seni budaya turun temurun ini dengan sebaiknya disamping menyelitkan unsur-unsur tarbiyah islami kepada anak-anak remaja yang masih bersih dan hijau ini.








- rahimie che yen
jk remaja/belia/rekreasi

Selasa, 28 Oktober 2008

YDP Di Program DERU

Semalam, YDP bersama Rahidah Saad; Pemangku Bendahari telah meluangkan masa untuk menyahut seruan dari JK DERU supaya bergotong-royong menyediakan hamper sumbangan kepada mangsa banjir di Jitra, Kedah sedari pagi hingga ke tengahari.

Proses pembungkusan hamper telah di adakan di Farmasi FARMA, Taman Sri Indah, Jalan Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas. Farmasi ini adalah milik Dr Roslan dan Hj rashid; mantan YDP JIM Pulau Pinang kini memegang JK Dana JIM Pusat. Sebanyak 50 hamper telah disediakan.

Kesemua hamper ini akan dibawa ke Jitra pada pukul 4 petang.

( DERU - Disaster Emergency Response Unit )


Foto-foto kandid:


- rusli hashim
ydp