Selasa, 30 Jun 2009

Seminar Menangani Isu-isu Wanita Islam (SMIWI) 2009

Diantara barisan AJK SMIWI yang gigih berusaha memastikan seluruh perjalanan seminar berjalan lancar.

Seminar Menangani Isu-isu Wanita Islam (SMIWI) 2009 telah dilansungkan dengan jayanya di Dewan Mahligai Kencana, Bangunan PERKESO, Seberang Jaya pada 28 Jun 2009 . Alhamdulillah , penyertaan peserta amat baik dengan kehadiran melebihi 130 orang. Jumlah ini telah mencapai sasaran penganjur. Sebanyak 12 gerai telah disediakan terdiri dari gerai usahawan kecil, ibu tunggal, OKU dan rakan-rakan Wanita JIM.

Para peserta SMIWI sedang memberi tumpuan. Mereka terdiri daripada ahli-ahli JIM, guru, pelajar dan orang ramai.

Seminar ini bertemakan “Halalan Toiyiba Memperkasakan Ekonomi Ummah” dengan berpaksikan 3 objektif utama. Pertama ialah untuk menjelaskan konsep Halalan Toiyiba yang sebenar mengikut Al Quran dan Sunnah. Kedua ialah untuk menyediakan alternatif bagi membina jaringan ekonomi wanita Islam demi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Ketiganya ialah untuk memperkasa dan meningkatkan daya saing ekonomi wanita Islam sebagai persediaan menghadapi krisis ekonomi negara dan dunia.

Ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) turut memberi sokongan untuk bersama di dalam seminar ini.

Keseluruhan seminar ini berjalan lancar walaupun di saat akhir pihak YAPEIM tidak dapat hadir untuk memberi ucaptama dan perasmian kerana masalah yag tidak dapat dielakan. Namun TYDP JIM Negeri Pulau Pinang, peguam Mustafa Basri telah mengambil alih dan menyempurnakan ucapan dan perasmian tersebut.

Pada sesi pembentangan kertas kerja pertama: Halalan Toiyiba Cabaran Kesuburan Iman oleh Dr Md Roslan Hashim telah membuka minda dan sedikit sebanyak menjelaskan konsep Halalan Toiyiba yang sebenar dengan begitu luas. Menyangkal pandangan sempit dan remeh oleh kebanyakan orang ramai.

Seterusnya Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail Ahmad membentangkan Kertas Kerja Kedua yang bertajuk Halalan Toiyiba Memperkasa Ekonomi Ummah. Penceramah telah memberi penekanan kepada kepentingan usahawan Muslim mengeluarkan produk halal dan baik tanpa bergantung dengan non- Muslim apatah lagi produk Zionis dan sekutunya. Beliau juga menekankan kepentingan jaringan perniagaan umat Islam agar tidak terbelenggu dengan masalah pemasaran produk ; yang akhirnya akan menyebabkan banyak syarikat Bumiputera gulung tikar. Pengalaman beliau berkecimpung selama lebih 25 tahun dalam Industri Halal telah banyak membantu petani, usahawan kecil, ibu tunggal ,anak yatim dan OKU.

Sesi seterusnya, perkongsian kejayaan Pengarah Urusan Early Learning Centre (ELC) Pn. Mahayati Ibrahim dari Johor. Perkongsian yang sangat bermanfaat terutama bagi mereka yang bekerja atau berlatar belakang kan perguruan . Mengendalikan belasan buah tadika dan taska dengan lebih seribu pelajar merupakan satu kekuatan yang ada pada ELC. Semangat, kesungguhan dan keikhlasan bekerja terserlah pada diri beliau .

Sesi petang diteruskan dengan forum: Peranan dan Cabaran Wanita Dalam Menghadapi Krisis Ekonomi Semasa yang dipengerusikan oleh Dr Lilis Surienty, Wanita JIM PP. Panel-panelnya ialah; Setiauaha Persatuan Ulama Malaysia PP Ust Mohd Nizam Mahshar, Wakil Ibu tunggal Pn Azizah Saari dan Pn. Mahayati Ibrahim ELC. Perkongsian yang menarik, dengan pelbagai persoalan ummat yang tidak berkesudahan khususnya masalah di dalam pasaran produk halal. Walau bagaimanapun, banyak maklumat yang diberikan oleh ahli panel dan juga Dr Lilis yang telah membuat kajian-kajian awal.

Cikgu Rusli Hashim YDP JIM SPT menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang peserta SMIWI bagi pihak JIM Negeri Pulau Pinang.

Sesi ucapan penutup telah disempurnaka oleh Pn. Mardiana Abdul Rahim Ketua Wanita JIM Pulau Pinang . Diikuti dengan cabutan bertuah dan penyampaian empat buah kerusi roda oleh Pn. Hjh Farihah Abu Bakar dari Wanita JIM PP dan YDP JIM SPT Cikgu Rusli Hashim. Setinggi-tingi penghargaan kepada semua, Exco Kerajaan Negeri, HPA Industries, HPA Musleh, YAPEIM dan para penyumbang. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Dilaporkan oleh :
Ustzh Saliza ZainolTim.
Pengarah SMIWI09/ TPSM WJSPT

Isnin, 15 Jun 2009

PATT & KEMUDI

Catatan: Ahmad Baharuddin / Pengurus PATT

Program PATT minggu ini telah berjalan dengan sempurna. Beberapa keluarga telah menghadiri program yang seperti biasa dibuat di Mengkuang Dam. Keluarga Ahmad Baharudin (Habuna), Rusli Hashim dan isteri juga Abu Hanifah dan ibu_suri telah menghadiri program jogging.

Setelah kira kira 1 jam berjogging dengan peluh mencurah-curah bukan sebab berpeluh kerana jogging tetapi kerana keadaan cuaca yang sangat panas, kami pun bersurai dimana Abu Hanifah menghadiri kenduri kahwin rakan Tok Ba ibu_suri manakala keluarga saya dan Rusli terus menuju ke Pulau Pinang untuk mengadakan program Road Show KEMUDI yang dibuat di Barat Daya.

Di pertengahan jalan kami singgah untuk mengambil Hj Atan dan bersarapan pagi di kaki lima Stesyen Petronas, Seberang Jaya. Habis nasi seperiok. Maklumlah, jauh berjogging maka perut pun dok teRelaungah lapaq.

Sampai di Taman Metropolitan Relau kira jam 10:15 pagi. Sahabat-sahabat JIM Barat Daya dah pun menunggu lebih awal. Kami disambut oleh sahabat-sahabat dengan begitu mesra. Maklum le nak menyantuni pegawai-pegawai Road Show KEMUDI. Kami dijamu dengan pulut durian yang ada bermacam macam jenis. Ada yang warna putih, warna kuning dan warna oren. Juga tak ketinggalan durian dari berbagai-bagai gred. Gred biasa, gred A, gred AA pun ada. Sampai tak terhabis kalau nak dimakan semuanya.

Ramai juga sahabat sahabat JIM Barat Daya yang datang untuk mendengar Road Show KEMUDI seperti YDP Barat Daya M. Tuah, Idris, Roslan, Latif, Bakhtiar termasuk juga pasangan pengantin retro Arif Budiman dan Rosnah. DD juga sempat menyampaikan sepatah dua kata setelah menjamu selera dengan pulut durian.

Hari ini tentu lebih hangat dari hari-hari sebelumnya, Dah le cuaca yang hangat sekarang ni ditambah dengan makan buah durian, bertambah hangat le lagi hari ini.

Isnin, 8 Jun 2009

Kenduri Untuk Sdr Rahimie


Assalamualaikum rwt wbt

Semalam JIM SPT telah mengadakan satu majlis perpisahan warga jebat yang akan berangkat ke Kuching Sarawak kerana telah dinaikkan pangkat dan berpindah tempat bertugas di sana.

Sdr rahimi adalah seorang warga jebat yang telah memberikan sebahagian besar tenaga untuk menjayakan agenda Jebat. Perpindahannya ke Kuching amat dirasai oleh warga Jebat. Dikesempatan mengadakan majlis itu juga warga jebat telah sempat beramah mesra dan berjamu selera (dinner) bersama di warung pasar malam Ahmad Habuna di Guar Perahu.

Warga jebat juga telah berbincang dan mengatur starategi untuk menjadikan Jebat JUARA di dalam KEMUDI 09 nanti. Jebat telah memilih Sdr Harryzan Yaakob untuk menjadi ketua kontinjen dalam KEMUDI 09.

Jzkk

Form Ust Mohd Rozee