Selasa, 26 Januari 2010

5 Perkara Penting Dalam Hidup

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya;

1-وجه جميل1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين2:duit yang banyak
3- صحة قوية3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
sabda nabi saw,

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
' siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat. '

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
' dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatanbadan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 ygbermanafaat. '

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
' dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yangnyenyak. '

Isnin, 18 Januari 2010

Qiam Ikhwah JIM Pulau Pinang

Foto-foto di sekitar program Qiamullail Ikhwah JIM Pulau Pinang yang dilansungkan pada 16 hingga 17 Januari 2010 bertempat di masjid Al Mukhtar, Balik Pulau. Kehadiran lebih kurang 60 orang. Kontijen JIM SPT boleh dikatakan agak ramai.

Muga komitmen sebegini berkekalan.


1. Sebahagian AJK JIM SPT.


2. Putera-putera Harryzan


3. Tuan Hj Zainuddin ( AJK MAIPP ) memberi pengisian.



4. Sebahagian dari sahabat-sahabat JIM


Foto ihsan dari: Mohd Tuah / YDP JIM BD

Rabu, 13 Januari 2010

Sumbangan Persekolahan

catatan: ahmad baharuddin / jk kebajikan

Tabung sumbangan persekolahan telah usai diagih-agihkan kepada keluarga JIM yang memerlukan. Agihan telah selamat disempurnakan oleh TYDP JIMSPT, Utz. Rozee bersama dengan Ketua Wanita JIMSPT, Puan Eida Khairani pada 29/12/2009 di Pusat Komuniti JIM jam 5:30ptg.

Seramai lima keluarga JIMSPT yang memohon sumbangan dari tabung yang telah diperuntukan untuk tahun 2010 ini. Ini sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka bila sessi persekolahan bermula.

Semuga bantuan sebegini akan berterusan dari masa kesemasa. Moga-moga amalan sekecil ini diterima disisi Allah S.W.T.

Isnin, 11 Januari 2010

40 KESILAPAN IBU BAPA

40 KESILAPAN IBU BAPA

Oleh Dr Hassan Ali


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak‑anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak‑anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada
anak‑anak

6. Jarang bersama anak‑anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza‑bezakan kasih sayang terhadap anak‑anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak‑anak

11. Tidak meraikan anak‑anak ketika mereka pergi dan pulang dari
sekolah

12. Tidak mengenalkan anak‑anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak‑anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak‑anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak‑anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak‑anak menjamah makanan dan minuman yang tidak
halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan
anak‑anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak‑anak


20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak‑anak


...............bersambung

Ahad, 3 Januari 2010

Rahimie Che Yen

Semasa melayari foto dalam pc terjumpa ini. Foto diambil ketika majlis meraikan penghijrahan Rahimie Che Yen di gerai Habuna, pasar malam Guar Perahu ( duduk kanan ).

Kini Rahimie bertugas di Serawak. Boleh ikuti perkembangan aktivitinya di blog beliau RAHIMIE CHE YEN.

Kita doakan agar beliau terus komited dengan tugasan dan dakwah. Dan akan kembali semula ke sini bak burung bangau terbang ke belakang kerbau akhirnya...

catatan: abu hanifah