Khamis, 28 Mei 2009

PROGRAM PUTERI JMTI (JAPANESE MALAYSIAN TECHNICAL INSTITUTE) DENGAN ADIK-ADIK RAUDHATUL SAKINAH

Gambar hiasan : Program Gotong Royong JIM SPT & adik-adik JMTI di RS pada 26 Ogos 2007. Bab senaman perut memang JIM SPT champion.

Alhamdulillah, program pelajar puteri JMTI dengan pelajar RS bersama Wanita Jim SPT, telah selamat dijalankan seperti yang dirancang. Butiran program seperti berikut:

Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 9.00 – 12.00 tengahari
Tempat : Rumah RS, Relau
Bil Pel. JMTI : 15 orang (10 dari usrah JIM SPT dan 5 pelajar lain yang berminat
untuk menyertai program.)
Tema: Puteriku Sayang (Nasyid Mestica)

Program dimulakan dari Surau JMTI pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki 3 kereta MPV iaitu kenderaan milik Ukhtie Eida Khairani, Ukhtie Salmah dan Ukhtie Mimun. Pelajar JMTI telah mengutip sumbangan dari pensyarah dan kakitangan JMTI (terima kasih..) dengan kutipan sebanyak RM200. Mereka telah menggunakan duit tersebut untuk membeli cenderahati untuk setiap pelatih RS dan juga sumbangan kepada warden dalam bentuk hamper.

Kenangan tahun 2007 masa itu RS baru dibangunkan. Warga JIM SPT tidak ketinggalan memberi sumbangan seadanya. Adik-adik JMTI dan anak-anak memeriahkan lagi program gotong royong ini.

Setiba di RS pada pukul 9.00 pagi kami disambut dengan mesra oleh warden, Cik Azlina.
Majlis taaruf dimulakan dari kedua pihak. Program pertama lebih merupakan ’ice-breaking’, nasyid dan game ’umi kata’. Suasana mahabbah mula terpancar dari wajah semua orang. Kemudian mereka dibahagikan kumpulan dan mengadakan sesi perkongsian dari kedua belah pihak. Program rehat seketika dengan makan bersama (tajaan Wanita JIM SPT), kemudian disambung sesi kedua perkongsian dalam kumpulan yang sama. Pihak RS telah menayangkan slide show program Hari Ibu.

Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengahari dengan bernasyid bersama ( 3 nasyid termasuk nasid tema). Kami bersalaman dalam suasana yang sungguh mahabbah, seolah-olah telah kenal lama walaupun pertemuan itu hanya dalam masa yang singkat saja. Pelatih –pelatih RS bagai tak mahu melepaskan pelajar JMTI pulang. Tapi hakikat setiap pertemuan ada pengakhirannya.

Sebaik tiba di JMTI semula, ana membuat sesi kesimpulan dan meminta mereka membuat refleksi dengan program yang telah dijalankan ( insyaAllah esok malam baru dapat-waktu usrah).

Mudah-mudahan program yang telah dilaksanakan itu mendapat keberkatan dari Allah swt dan dapat memberi kesan yang positif kepada kedua-dua mad’u kita iaitu RS dan JMTI. InsyaAllah. Jazakumullah kepada warga RS yang telah menerima kedatangan kami.
Disediakan oleh :
Pn Mimun Jana
Ketua Wanita JIM SPT

Tiada ulasan: