Memaparkan catatan dengan label Coretan pembaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan pembaca. Papar semua catatan

Khamis, 11 Mac 2010

Pertemuan bekas ko-kaunselor

Saya sempat merakam pertemuan ibu_suri dengan Shaukiah Hanim sebaik sahaja selesai mendengar ceramah di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi. Pertemuan antara sahabat JIM yang sudah lama tidak bertanya khabar.

Kelihatan airmata ibu_suri menitis tatkala memeluk sahabat lama yang pernah sama-sama bertugas sebagai ko-kaunselor di UKnI satu ketika dulu. Lama perbualan mereka.


Saya menanti dan memerhati gelagat mereka dengan sabar.

Catatan: Abu Hanifah

Ahad, 3 Januari 2010

Rahimie Che Yen

Semasa melayari foto dalam pc terjumpa ini. Foto diambil ketika majlis meraikan penghijrahan Rahimie Che Yen di gerai Habuna, pasar malam Guar Perahu ( duduk kanan ).

Kini Rahimie bertugas di Serawak. Boleh ikuti perkembangan aktivitinya di blog beliau RAHIMIE CHE YEN.

Kita doakan agar beliau terus komited dengan tugasan dan dakwah. Dan akan kembali semula ke sini bak burung bangau terbang ke belakang kerbau akhirnya...

catatan: abu hanifah

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat BerEidul Adha

Buat semua umat Islam seantero dunia;

" Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha! "

Semuga keadaan umat Islam terbela dengan pengorbanan demi pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh para syuhada, sedang dilakukan oleh para daei, para ilmuan kecil dan besar.

Sesunggunya perjuangan tidak bernoktah dan pengorbanan tidak dihampakan. Allah maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Berlakunya sesuatu itu dengan hikmahnya tersendiri.

Juga takziah buat mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Juga kejadian bas terbalik.

Juga buat pejuang di Palestin, Afganistan dll di serata pelusuk dunia.

Marilah kita berusaha melakukan amal sedaya upaya. Jadikan hari mulia ini sebagai titik tolak untuk kita membangun diri!

s/u - abu hanifah