Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

Hari Bersejarah Pertubuhan IKRAM Malaysia

Ahad, 20 Jun 2010 23:38 TM Lim

KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.

Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.

Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

Dalam sidang media yang diadakan seusai pelancaran tersebut, Dr Parid menjelaskan IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan tidak memberikan fokus kepada bidang-bidang tertentu sahaja kerana dakwah adalah hak semua orang.

Bingkisan Islam yang hendak disampaikan oleh IKRAM adalah untuk semua manusia tanpa mengira agamanya agar lebih ramai yang dapat menerima kebaikan Islam dan sujud kepada Pencipta alam.

"Walaupun begitu, kita tetap berpegang kepada konsep bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Mereka yang belum bersedia menganut Islam tiada halangan untuk berdialog dan bekerjasama dengan kita dalam bidang-bidang tertentu," katanya.

Antara matlamat IKRAM yang disebut dalam perlembagaannya adalah menyebarkan Islam melalui dakwah, meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam, memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial dan menegakkan syariat Islam secara praktikal. Selain yang demikian, IKRAM bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam, sesuai dengan moto IKRAM, 'Ukhuwah Teras Kegemilangan'.

IKRAM menyatukan dalam satu organisasi kerja-kerja dakwah yang telah diusahakan oleh ahli-ahlinya di bawah pelbagai nama. Dengan tertubuhnya IKRAM, kegiatan-kegiatan seperti dakwah kepada yang belum Islam, pendidikan, wanita, remaja, belia, kebajikan, bantuan kemanusiaan, hak asasi manusia dan urus tadbir yang baik (good governance) akan digabung (consolidate) dan diperteguh.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Setiausaha Agung, Haji Zaid Kamaruddin dan Ketua Wanita, Ustazah Maznah Daud. Kebanyakan media utama negara termasuk daripada akhbar berbahasa Cina turut hadir membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media IKRAM itu.

Menjawab satu soalan, Dr Parid menerangkan bahawa IKRAM berusaha membawa konsep dakwah yang dapat diterima oleh semua pihak demi mewujudkan kefahaman serta amalan hidup yang selari dengan tuntutan massa.

"Yang penting, ia mestilah tidak terkeluar daripada landasan Islam. Kita mesti yakin Islam itu baik bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga untuk yang belum Islam," ujar lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh dan Usul Universiti Jordan, Amman ini.

Pelancaran IKRAM hari ini sekali gus melancarkan lagu rasmi pertubuhan itu yang menarik dan bersemangat. Lagu berjudul 'IKRAM' tersebut ditulis oleh Prof Dr Hatta sendiri manakala lagu dan vokalnya disampaikan oleh kumpulan SaffOne.

Sesi kedua majlis diserikan dengan Tazkirah Perdana oleh Ahli Lembaga Timbangtara IKRAM, Ustaz Alias Othman berjudul 'Bekalan di Perjalanan' dan ucapan berapi-api oleh Ustaz Hasanuddin Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif yang turut menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Seorang pengunjung, Azhar Maluddin, 45, berkata, jumlah kehadiran yang begitu ramai pada hari ini memberi petanda yang amat baik.

"Pelancaran IKRAM yang dihadiri tidak kurang daripada 5,335 hari ini mampu memberi impak yang besar kepada ahli-ahli. Ia menunjukkan IKRAM boleh mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada ahli-ahlinya apabila diperlukan," katanya.

Sementara itu, gerai-gerai yang dibuka di lobi dewan, terutamanya yang menjual barangan berkaitan Palestin mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.



berita dipetik dari: Laman Malaysia Harmoni
foto sumbangan: Rahimie Che Yen



Khamis, 25 Mac 2010

Sumbangan Kerusi Roda

From: Mohamad Fuzi HE
Sent: Thursday, March 25, 2010 8:53 AM
Subject: FW: Kerusi Roda

Assalamualaikum,

Terima kasih yang tidak terhingga dari Unit Amal DPP Kawasan Kulim Bandar Bahru kepada JIM SPT di atas sokongan dan bantuan.

Photo menunjukkan bantuan yang telah disampaikan kepada yang memerlukan.

Terima Kasih.

Wassalam.


Rabu, 16 Disember 2009

40 Point HAND BOOK - 2010 for you & family

HEALTH

1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.

5. Make time to pray.

6. Play more games.

7.. Read more books than you did in 2008.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

9. Sleep for 7 hours.

10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile. Personality:

11. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don't over do. Keep your limits.

14. Don't take yourself so seriously. No one else does.

15. Don't waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake.

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

20. Make peace with your past so it won't spoil the present. 21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn.

23. Smile and laugh more.

24. You don't have to win every argument. Agree to disagree. Society:

25. Call your family often.

26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

29.. Try to make at least three people smile each day.

30. What other people think of you is none of your business.

31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life:


32. Do the right thing!

33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

34. GOD heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come. for it.

39. Dicipline

Rabu, 25 November 2009

KL- Ipoh 1 jam 55 minit



SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).


REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.

Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.


AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.

Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.

"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.


GAMBAR ilustrasi menunjukkan rekaan dalaman ETS yang mesra pengguna termasuk golongan kurang upaya.

"Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya.

Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB.

"Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

Ahad, 18 Januari 2009

Baju Koperat JIM

Sempena PPN kali ini JIM Dana Pusat telah melancarkan baju korporat JIM. Baju korporat telah dipakai oleh semua AJK Pusat pada hari kedua PPN.

Lelaki tangan pendek dan bagi perempuan pula berlengan panjang. Diskaun akan diberikan kepada tempahan melebihi 30 helai ke atas.

Dua warna baju disediakan:
1. BIEGE (kuning air) dan
2. GREY (kelabu)

Harga sehelai;
1. Lelaki - RM55
2. Perempuan - RM60

Sedikit bayaran pos akan dikenakan.

Saiz yang boleh ditempah: M, L, XL, XXL, 3XL, 4XL (Lelaki sahaja)

Tempahan boleh dibuat melalui YDP JIM Seberang Perai Utara atau emel ke: yusof@trane.com

Di bawah ini adalah beberapa foto yang diambil semasa Perhimpunan Perwakilan Nasional ( PPN ) tahun lalu dimana baju koperat JIM mula digunakan.



Rabu, 14 Januari 2009

Frederic Kanoute tunjuk sokongan kepada Palestin



Frederic Kanoute adalah seorang pemain bolasepak kelab Sevilla liga Sepanyol telah menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin selepas menjaringkan gol semasa mewakili kelabnya menentang Copa.

Frederic Kanoute memeluk Islam semasa berusia 21 tahun adalah bekas pemain Spurs telah menyarung jersi ke kepalanya dan menunjukkan t'shirt dalamnya yang berwarna hitam dengan perkataan "Palestin" dalam beberapa bahasa. Tahniah kepada Frederic Kanoute yang berani menunjukkan pegangannya dan menyampaikan mesej ke seluruh dunia.

Frederic Kanoute yang berasal dari Mali adalah pemain terbaik Afrika tahun 2007. Akibat perbuatannya Frederic Kanoute telah dilayangkan kad kuning dan berdepan dengan tindakan yang mungkin dikenakan kepadanya oleh Persatuan Bolasepak Spanish.

Ahad, 30 November 2008

Buku Orang Masjid Kontemporari

Assalamu`alaikum,


Ini lah buku saya yang telah diterbitkan dan diedar pada bulan Februari '08 lalu. Sebanyak 4000 naskhah telah berada di pasaran. Sedutan topik:

TOPIK 1: Dakwah, Persekitaran Dan Ummah

“` Jadi kita mestilah merasakan diri kita ini, adalah pendakwah atau Islamic Workers yang berada dalam satu wadah Islam yang mempunyai satu matlamat yang murni. Kita mestilah berperanan sebagai Penyelesai Masalah Ummah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan.“

Informasi lanjut, layari: http://bertamadun.wordpress.com/

Rosidi Hussain
ahli JIM ke 5615

Rabu, 19 November 2008

Buku Risalah Pemimpin Ke 9 - Bakal Terbit!



Sedikit ulasan mengenai tajuk dan kulit

"Idealisme" bermaksud aktivis muda dengan idea-idea kreatif dan baru. "Kematangan" bermaksud aktivis lama yang matang dan sarat dengan pengalaman. Gabungan kedua-dua aktivis ini mampu memacu untuk mencapai agenda pejuangan.

Salaman tangan dilingkungi dengan bulatan bertone umpama medan tenaga sebagai simbolik paduan 2 akivis ini. Lagi kuat genggaman tangan, lagi kuat tenaga pacuan yang akan dihasilkan. Bulatan-bulatan kecil di bawah mewakili saf yang terusun dan teratur dalan paduan ini.

Pemilihan kod warna C60K30 (Cyan 60% dan Black 30%) sebagai asas warna latarbelakang juga sebagai simbolik gabungan di atas. Betulkah gabugan peratusan 60% orang muda + 30% orang lama atau nisbah 2:1 boleh menghasilkan pacuan yang hebat?

Ini boleh dibahaskan oleh semua ahli dan rakan JIM

petikan dari lamanweb JIM oleh:
abu hanifah