Memaparkan catatan dengan label Meja YDP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meja YDP. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2009

JIM Bukan Ekstremis

Kita amat tidak bersetuju YB Jeff Ooi mengaitkan misi JIM sebagai satu perkara yang bahaya, apatah lagi menuduh ahli JIM Hj Razali Abdullah sebagai ekstremis.

Adalah merupakan satu kesilapan besar kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 2 Ogos 2009 , mukasurat N12. YB Ooi telah mengkritik hebat Hj Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Pertama YB Ooi telah menuduh Hj Razali Abdullah sebagai seorang ekstremis agama semata-mata kerana Hj Razali adalah salah seorag ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Kedua YB Ooi juga telah mempertikaikan Misi Jamaah Islah Malaysia iaitu "Ke arah Penegakkan Syariat Islam Menjelang 2020". Ketiga YB Ooi juga menyatakan adalah suatu perkara bahaya bagi pihak majlis membenarkan seorang ekstremis Islam di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Kenyataan YB Ooi ini melambangkan beliau kurang arif dan cetek pengetahuan mengenai JIM , syariat Islam dan umat Islam. Beliau hanya bermasalah dengan Hj Razali tetapi kenapa JIM pula dibabitkan bersama.

Kerja Amal mengedar risalah di pasar malam untuk kesedaran dan membantu rakyat Palestin. Adakah usaha murni JIM ini juga kerja-kerja ekstremis ?

JIM seperti yang diketahui umum merupakan suatu NGO Islam yang berkonsepkan dakwah dan kebajikan. JIM telah berada bersama masyarakat hampir 20 tahun. Dengan slogan, “Bersama Islam Membina Masyarakat” telah berjaya memberi khidmat kepada masyarakat di semua peringkat. JIM juga telah banyak memberi sumbangan bakti melalu sayap pendidikan, remaja, belia, wanita dan kebajikan. Ini tidak dapat dinafikan lagi.

JIM memberi bantuan kerusi roda kepada yang memerlukan. Adalah kebajikan sebegini ini kerja ekstremis.

Mengenai misi penegakkan Syariah Islam ini, ianya sudah menjadi aqidah atau pegangan setiap individu Islam yang menginginkan Syariah Islam terlaksana. Pemahaman, masa dan cara perlaksanaannya juga harus diperjelaskan. Perlaksanaan Syariah Islam merupakan suatu ma’aruf (kebaikan) yang terbesar dan semua agama akan dijamin selamat bernaung di bawahnya. Tiada langsung perkara ektremis mengenai perkara ini.

JIM sentiasa membuat aktiviti untuk remaja. Adakah ini juga ekstremis?

Seharusnya YB Ooi bertanya dahulu apa itu JIM sebelum membuat andaian sendiri kemudian dengan terang-terangan membuat kenyatan akbar yang menguris hati bukan sahaja ahli JIM tetapi umat Islam yang lain. Jika YB Ooi dan Hj Razali mempunyai masalah dalaman di dalam majils jangan dipalitkan JIM bersama. Sama juga dengan YB Ooi tentu setuju adalah tidak wajar jika Hj Razali menyerang persatuan agama yang dianuti oleh YB Ooi pula

Kami ingin mengesyorkan YB Ooi supaya datanglah bertanya apa-apa yang dimusykilkan mengenai kewujudan JIM. Semoga kekeruhan ini tidak berpanjangan. Kami sedia membantu.

Rusli Hashim
Yang DiPertua
Jamaah Islah Malaysia Seberang Perai Tengah

Rabu, 10 Disember 2008

Ziarah Bonda YDP JIM Pulau Pinang di Ipoh

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh bonda YDP JIM Pulau Pinang Ir Jamaluddin yang telah lebih dahulu mengadap Ilahi.

JIM SPT telah diwakili oleh YDP Rusli Hashim, P.Bendahari Rahidah Saad dan JK Kebajikan Ahmad Baharuddin serta isteri.

Bertolak jam 8.00 malam sampai kembali ke Pulau Pinang jam 3.00 pagi.

Sempat berjumpa sahabat-sahabat JIM Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang lain. Semoga dipermudahkan Allah SWT segala urusan keluarga YDP PP kita, Amin!

Diantara pesanan YDP PP kepada kita semua;

" Kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa banyaklah buat kebajikan kepada mereka dan jika sibuk pun taliponlah selalu bertanya khabar. "

J & W

Rusli Hashim
YDP JIM SPT

Selasa, 28 Oktober 2008

YDP Di Program DERU

Semalam, YDP bersama Rahidah Saad; Pemangku Bendahari telah meluangkan masa untuk menyahut seruan dari JK DERU supaya bergotong-royong menyediakan hamper sumbangan kepada mangsa banjir di Jitra, Kedah sedari pagi hingga ke tengahari.

Proses pembungkusan hamper telah di adakan di Farmasi FARMA, Taman Sri Indah, Jalan Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas. Farmasi ini adalah milik Dr Roslan dan Hj rashid; mantan YDP JIM Pulau Pinang kini memegang JK Dana JIM Pusat. Sebanyak 50 hamper telah disediakan.

Kesemua hamper ini akan dibawa ke Jitra pada pukul 4 petang.

( DERU - Disaster Emergency Response Unit )


Foto-foto kandid:


- rusli hashim
ydp