Memaparkan catatan dengan label aktiviti JIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti JIM. Papar semua catatan

Ahad, 19 Disember 2010

Teruskan Perjuangan - Presiden

CHERAS – ‘Meneruskan Perjuangan Mendaulatkan Syariah’ menjadi tema ucapan dasar Presiden, Haji Zaid Kamaruddin pada Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-20 pada tahun ini.

“Untuk memainkan peranan yang baik, kelompok Islam perlu mengukuhkan hubungan dan kerjasama sesama organisasi Islam. Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKPA) telah ditubuhkan oleh jemaah Menteri dan kita menyokong dan terlibat melalui Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN),” ujar Presiden.

Satu mukadimah menarik yang dimulakan Presiden ketika ucapan awalnya menyentuh mengenai ekonomi yang menjadi isu besar di seluruh negara dewasa ini. Seterusnya beliau menyentuh mengenai isu rasuah yang hebat berleluasa di mana-mana pun sekarang.

Katanya, bahaya rasuah memudaratkan demokrasi dan menyekat kemampuan kerajaan untuk berfungsi secara berkesan dalam menyediakan perkhidmatan yang kritikal untuk rakyat. Budaya beramanah perlu disuburkan, namun ia memerlukan usaha semua - kerajaan, ahli perniagaan, pengamal media, masyarakat madani (civil society) dan anggota masyarakat umumnya.

“Untuk memainkan peranan yang baik kelompok Islam perlu mengukuhkan hubungan dan kerjasama sesama organisasi Islam. Banyak yang baik boleh dicapai. Namun cabarannya besar. Kita menganggap hal ini sebagai menjawab seruan negara. Kini banyak petanda yang baik. Membina persefahaman sesama umat akan meneguhkan langkah kita dalam JKMPKPA. Ia juga mengelakkan mereka yang terlibat dalam JKMPKPA ini daripada tersisih atau ditentang oleh umat sendiri.

“Walaupun pegangan JIM jelas, memperjuangkan pelaksanaan syariah, JIM tetap bersama dan diterima oleh NGO lain dalam usaha sama memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia, good governance dan kebaikan, untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. JIM terlibat aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Bersih 2.0, MAFREL dan Viva Palestina Malaysia. Keanggotan kita melalui ACCIN dalam Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKPA) membuka luas perhubungan dan kerjasama dengan NGO-NGO agama lain.”

Status JIM menjadi perdebatan hangat justeru munculnya wadah baru, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang mana JIM merupakan salah satu NGO yang mendukungnya. Sama ada JIM akan dibubarkan atau hanya diterap ke dalam IKRAM, status akhirnya dibincangkan hari ini dan keputusannya akan diketahui malam ini. Keputusan ini penting dalam menentukan status institusi dan aset JIM.

Sebelum mengakhiri ucapan dasar ini, Presiden telah membentangkan keputusan Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berhimpun pada hari Sabtu 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431 di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Gombak yang telah menunjukkan sokongan dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Walau apa pun keputusannya, JIM dan Wanita JIM akan meneruskan aktiviti yang telah dirancang terutama yang melibatkan pihak luar, gabungan dan usaha sama dalam kalangan NGO, sehingga IKRAM mengambil alih peranan JIM sekarang dengan baik. Begitu juga halnya dengan institusi-institusi termasuk sekolah, tadika, MGI (Majlis Guru Islah), PERINTIS, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah, PACE (Palestinian Centre of Excellence), NICE (Nusantara Islah Centre of Excellence), KIMB, DERU, I-Bantu dan Karisma, sehingga proses perpindahan dapat dijayakan.

sumber: laman web JIM

Jumaat, 22 Oktober 2010

Raudhatus Sakinah & Showcase Maher Zain ` Save the Soul'

Diletakkan di sini ucapan penghargaan dari Dr Harlina haji Siraj selaku Ketua Wanita JIM Pusat yang mengalu-alukan kejayaan Showcase maher Zain baru-baru ini yang dianjurkan bersama Raudhatus sakinah dan InTeam Records.

Salam

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran Dr.Har panjatkan ke hadrat Allah SWT yang memberikan satu pengalaman dakwah yang cukup unik sepanjang dua minggu kebelakangan ini ( 4-16 Okt.2010).

Tour dan Showcase MZ 2010 `Save the Soul (STS) sudah sampai ke penghujung apabila MZ dan isteri berlepas pulang dari KLIA jam 1155 hrs Sabtu 16 Okt. Semoga MZ pergi membawa bekalan motivasi dakwah yang sarat, yang mampu melonjakkan lagi aktivisme dan jihadnya. Semoga RS dan Dr.Har yang tinggal juga, semakin yakin dengan janji-janji Allah SWT dalam mengharung liku perjuangan dakwah di Malaysia.

Ucapan sepenuh penghargaan utk. semua yang terbabit - secara langsung mahupun tidak -dari penaja yang dermawan, peminat dan pendokong irama yang `faith-based, value driven', team RS dan Nasyid.com, artis dunia hiburan, media massa - tidaklah mampu RS melaksanakan semua ini tanpa semangat setiakawan dan teamwork yang gigih, tercetus dari niat yang ikhlas.

Dr.Har sempat bertemu MZ secara peribadi selama 4-5 kali sepanjang beliau di sini, dan merasa amat senang dgn watak dan pembawaan da'ie muda ini. Alhamdulillah, Allah memilih individu yang tepat utk. membawa mesej yang penting ini kepada golongan anak muda yang begitu dahagakan input dan bimbingan kembali menyintai Allah SWT.

Tema Save the Soul (STS) memang tepat pada masanya. Sekalipun kempen itu adalah yang pertama bagi RS (1999-2001) - sebelum kempen `Not Me, Not Now' (2002-2006), Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ-2007) dan yang terakhir `Lelaki Pelindung Wanita' (2010) - tema tersebut diangkat menjadi fokus dalam showcase kali ini. Ternyata percubaan itu berjaya - menarik minat MZ utk. datang, menarik ribuan peminat menghadiri persembahan MZ - dalam misi yang sememangnya tepat pada masanya - ketika `jiwa dan roh' remaja Muslim di negara ini amat perlu diselamatkan!

RS memang tidak pernah menduga dapat menganjurkan satu showcase yang membabitkan seorang artis antarabangsa seperti MZ. Namun, perancangan Allah mengatasi segalanya. Sesungguhnya, Allah SWT telah menetapkan bahwa RS yang mesti memikul tanggungjawab ini, maka dengan penuh tawakkal, kami bertekad melaksanakannya. Betapa cemasnya kami beberapa minggu terakhir persiapan bila para penaja nampak begitu skeptikal dengan kemampuan kami menganjurkan satu showcase tanpa pengalaman.
Semenjak kehadirannya pada 4 Okt., MZ dan team dari Awakening Records menimba banyak pengalaman baru. Selain sesi Meet the Fans & media elektronik ( IKIM.fm, Suria fm, Hot fm, KLfm, TV9, TV3, TV2) & cetak, Maher sempat bercuti ke Langkawi bersama isterinya Aishah. MZ dan Wali ( team Awakening) sempat bertandang ke RS Selangor pada 13 Okt, berkongsi cerita dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih di RS.

Selama dua malam berturut ( 14 - 15 Okt), showcase MZ STS diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam, Dr.Har rasa amat terharu dgn sambutan hebat yang ditunjukkan oleh peminat dari Malaysia. Penuh auditorium setiap malam ( kapasiti ~1400 org) Dalam dua malam sekitar 2,800 org meluangkan masa bersama RS. Kami menerima kunjungan kerabat Sultan Selangor, seorang timbalan menteri ( Dato Saifuddin - Timb Mente Pengajian Tinggi) & keluarga, Dato' Aminah A.Rahman Ketua Pengarah LPPKN & anak-anak, Dato' Bandar Shah Alam sendiri & isteri semasa showcase tersebut. Itu belum lagi fan club MZ yang diasaskan di Malaysia. Dari yang kecil hinggalah yang sudah berusia, semua hadir untuk `spiritual enhancement & enrichment'.

Sambutan terhadap STS Showcase MZ ini menjadi petanda - betapa umat Islam di negara ini, khususnya muda mudi Muslim amat perlu dihidangkan satu alternatif yang mampu mengatasi tarikan nafsu, syahwat dan iblis yang begitu mendesak dan mengasak mereka dari setiap penjuru. Unsur-unsur negatif yang tidak sabar-sabar mahu `mencuri dan merampas' SOUL kita semua yang sepatutnya hanya tunduk patuh kepada perintah Allah SWT.

Semasa melihat MZ membuat persembahan di pentas, Dr.Har tertanya dalam hati - mengapa Malaysia belum berjaya menghasilkan `Maher Zain'-nya sendiri? Sebaliknya, apa yang berlaku - ramai antara penyanyi Malaysia yang terkenal hari ini, dahulunya pernah menganggotai kumpulan nasyid. Namun, apabila sudah terjun sebagai penyanyi solo - genre lagu yang didendang langsung tersasar dari apa yang sepatutnya mereka lakukan dengn bakat dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Sekalipun mampu menghasilkan melodi yang indah dan membuai jiwa, namun lirik-liriknya, hanya memuja dan memuji kekasih manusia yang hina dina, melampau-lampau sehingga Dr.Har sering keliru, sama ada lagu ini utk. Tuhan atau hanya kekasih yang sama lemah, sama hina!

Betapa bersalahnya perasaan Dr. Har melihat kelompok muda yang telah lama terabai keperluan emosi dan spiritualnya. Rasa mahu meneruskan langkah gigih dan jihad bertambah membara dalam hati! Ya, RS akan terus berusaha - membantu usaha membebaskan anak remaja dari belenggu penderitaan ketandusan Islam,Iman dan IHSAN.

Sesungguhnya, banyak sungguh pentarbiahan Allah yang Dr.Har lalui sepanjang penganjuran showcase tersebut. Pengalaman ini mengesahkan RESOLUSI PERIBADI yang Dr.Har buat sejurus balik dari Muktamar Tarbawi IKRAM di MAEPS pada 9 Okt yang lepas:

1. Bahawa hanya Allah SWT yang berhak mentarbiah seseorang itu, menurut modul, cara dan kaedah yang sesuai dengan individu tersebut.

2. Sebanyak mana seseorang akan ditarbiah, juga bergantung kepada peruntukan rezeki yang telah ditentukan Allah utk. dirinya. Lama atau sekejap berada dalam satu sistem tarbiah, tidak menjamin kuantiti dan kualiti tarbiah yang diperolehi seseorang.

3. Bagaimana mengukur hasil sesuatu pentarbiahan? Tentunya dalam output amal yang boleh dilaksanakan. Sudah tiba masanya utk. kurang bercakap, dan banyakkan amal. Ya, itu peringatan buat diriku yang sering alpa dan lupa.

Semoga kita terus merelakan diri utk. ditarbiah oleh Allah SWT.....

Dr.Har

Isnin, 18 Januari 2010

Qiam Ikhwah JIM Pulau Pinang

Foto-foto di sekitar program Qiamullail Ikhwah JIM Pulau Pinang yang dilansungkan pada 16 hingga 17 Januari 2010 bertempat di masjid Al Mukhtar, Balik Pulau. Kehadiran lebih kurang 60 orang. Kontijen JIM SPT boleh dikatakan agak ramai.

Muga komitmen sebegini berkekalan.


1. Sebahagian AJK JIM SPT.


2. Putera-putera Harryzan


3. Tuan Hj Zainuddin ( AJK MAIPP ) memberi pengisian.



4. Sebahagian dari sahabat-sahabat JIM


Foto ihsan dari: Mohd Tuah / YDP JIM BD

Isnin, 7 Disember 2009

Perhimpunan Persidangan Nasional JIM 2009

KUALA KANGSAR, 5 Disember - Usaha untuk mewujudkan kesatuan bukanlah sesuatu yang mudah; menjaga kesatuan pula lebih susah. Demikian antara intipati Ucapan Dasar Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pada Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) pertubuhan itu di sini pagi tadi. Perhimpunan kali ini membawa tema 'Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah'.

Melalui pendekatan 'lain daripada biasa', Zaid mengajak lebih kurang 600 ahli JIM melayari kembara diri, merungkai persoalan 'siapa kita dahulu dan sekarang, hubungan kita dengan mereka dan di mana kedudukan kita', merujuk kepada ahli-ahli JIM sendiri.

Dr Harlina (kedua dari kanan) telah bertukar jawatan dari Ketua Wanita kepada Naib Presiden.


Berita lanjut dalam http://www.malaysiaharmoni.com

Jumaat, 4 Disember 2009

Program JIM Terbaru

Esok, 2 program JIM akan berlansung.

1.
Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional ( PPWN ) dan Perhimpunan Perwakilan Nasional ( PPN )

Tempat: Kuala Kangsar, Perak.
Tarikh: 4 hingga 6 Disember 2009

JIM Seberang Perai Tengah akan diwakili oleh:

Perwakilan PPN
1. Rusli Hashim
2. Harryzan Yaakub
3. Ustazah Saliza Zainol
4. Eida Khairani Elias

Perwakilan PPWN
1.Eida Khairani Elias
2.Salmah Jaffar
3.Ustazah Haslinda

Perhimpunan ini akan menghimpunan seluruh perwakilan JIM dari seluruh Negara untuk berbincang dan memeta halatuju JIM peringkat nasional.

Untuk lebih lanjut boleh layari lamanweb PPN di:

http://ppn.jim. org.my/2009/

2.
Sukan Remaja JIM ( SURE ) 2009
Tarikh : 5 Disember 2009 (SABTU)
Tempat : Kompleks Rakan MUda, Jawi, Seberang Perai Selatan
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg

Kesemua Kelab remaja JIM dari seluruh negara akan berentap untuk menjadi juara.

Khamis, 3 Disember 2009

Program Daurah Remaja & IPT oleh JIM P.Pinang

Satu lagi program untuk remaja di musim cuti sekolah ini.

Tema : Berilmu untuk Beramal

Tempat : Pusat Kokurikulum, Bukit Mertajam, pendaftaran 9:00 pagi

Peserta : 16-20 tahun , Yang berminat mendalami Islam

Tarikh : 11-17 Disember 2009 (7 hari 6 malam) Jumaat-Khamis.

Yuran: RM80 sahaja


Pengisian:

Pengisian Utama, dari modul tarbiah JIM versi 2008:
Hari pertama : Review buku apa ertinya saya menganut Islam, ustaz fathi Yakan
Hari kedua : Review buku : Asas-asas Islam - Maududi
Hari ketiga : Review buku : Risalah Usrah Jilid 4 - kepentingan tarbiyah
Hari keempat : Review buku Kitab Tauhid - Zindani Jilid 1 Fasa 8
hari kelima : Review buku : Kitab Al Tauhid Zindani Jilid 2 Mukaddimah, Fasal 17
hari keenam : Review buku : Kitab Al Tauhid Zindani Jilid 3 Mukaddimah fasal 6

Cadangan jadual pengisian harian:

5:00 pagi - siapan diri, membaca alquran, solat witir dan al maksurat
Solat subuh
Tazkirah - ruhi (dari alquran/hadis)
solat isyrak
sarapan
8-12tengahari review1
(termasuk break dhuha dan minum)

sedia makan tengahari
makan, rehat dan solat

2:00 petang
Latihan kemahiran seperti:
menjahit, membuat kueh, membaiki paip, servis kereta, servis komputer
Solat
5:00-6:00ptg review2

Rehat, riadah, siapan diri, makan malam

7:00 malam
Persediaan solat maghrib, tilawah, panduan tajweed dan hafazan
Solat isyak
Rehat, minum

9:00-11 malam -Slot nasyid, malam review3, Ujian kefahaman.

Khamis, 26 November 2009

Pentingnya Perbandingan Agama

Jika ada kelapangan jangan lupa hadir ke program ini demi menambah pengetahuan anda!


Isnin, 19 Oktober 2009

Tahniah AJK JIM Negeri Pulau Pinang yang Baru

Tahniah YDP JIM PP sesi 2009~2011 Tn Hj Mohd Taufek B Hj Abdul Rahman orang lama JIM sejak pra penubuhannya lagi.

Salam. Alhamdulliah. MPN JIM P.Pinang ke-29 (2009) telah selesai disempurnakan. Ucapan setinggi terima kasih kepada Prof Madya Dr Harlina Ketua Wanita JIM Pusat yang telah menyampai ucapan perasmian yang cukup memberi kesan kepada jiwa kami untuk terus beristiqamah dengan medan dakwah ini. MPN kali ini bukan sahaja diselitkan dengan nyanyian lagu JIM, tetapi dipermantapkan dengan nyanyian lagu Bingkisan Kehidupan bagi menaikkan lagi semangat perjuangan ini.

Berikut adalah barisan AJK JIM P.Pinang untuk penggal 2009-2011:
YDP - Hj Mohd Taufek Abd Rahman
TYDP - Mustafa Basri
Setiausaha - Isahak Ismail
Bendahari - Ir Hj Abdullah Shabri
Penolong Setiausaha - Hamizat Ahmad

AJK -
Ir Hj Jamaluddin Abdullah
Hjh Nor Azizah Harun
Yusni Ghazali
Dr Mohd Rizal Arshad
Dr Roslan Hashim
Shahidan Said
Hj Abdul Latif Muhamad
Mohd Ikhwan Che Mansor

Pengerusi Tetap - Harryzan Yaacob
Timbalan Pengerusi Tetap - Rusli Hashim
Pemeriksa Kira-kira - Hj Yahya Jamaluddin & Hjh Umi Kalsum Yusuf

Perwakilan dari daerah JIM SPT ; dari kiri, Cigu Rusli, Hj Atan, Zulkarnain & Ust Zulkifli.


Sedutan dari e-mail : Isahak Ismail S/U JIM Pulau Pinang

Jumaat, 18 September 2009

Perutusan YDP Sempena Menyambut Pemergian Ramadhan dan Ketibaan Aidil Fitri

YDP JIM SPT Cikgu Rusli Hashim dua dari kanan bersama YDP JIM PP Ir Hj Jamaluddin dan AJK JIM Negeri menyambut Hari Raya Dengan Baraan Syawal JIM Negeri Pulau Pinang.
Alhamdulillahi Rabbil Alaamin. Selawat dan salam atas junjungan Besar s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekaliannya.

Ikhwah dan akhawat sekalian. Bersyukur kepada Ilahi atas limpah rahmatNya kita telah menikmati curahan berkat dan rahmat sepanjang sebulan Ramadhan. Sudah pasti ikhwah dan akhawat sekalian sedang istabiqul khairaat di 10 malam terakhir ini. Samada Lailatul Qadr telah datang atau tidak, yang penting kita terus menghambakan diri kita bukan sahaja di akhir-akhir Ramadhan, malahan hari-hari yang mendatang. Kerana kita bukan `Ibaadur Ramadhan tetapi `Ibaadur Rahmaan.

Mudah-mudahan tarbiah Ramadhan kali ini melonjakkan iman dan taqwa kita yang kita terjemahkan dengan; 1) amal-amal soleh di medan pemantauan MAFREL dan kempen PRK Permatang Pasir. 2) Kita imarahkan Ramadhan dan iktikaf di surau dan masjid setiap malam. 3) Meng'ihya'kan Ramadhan bersama keluarga di rumah, kurang menonton TV, banyak membaca Quran. 4) Insaf dengan keperitan orang Islam yang miskin melalui program sumbangan wang ringgit kepada masyarakat 5) Mengorbankan perbelanjaan raya untuk di infaqkan kepada sahabat-sahabat ahli jamaah kita yang ditimpa musibah 6) Menyerlahkan akhlaq murni dan dakwah di medan sosio-politik mutakhir ini bersama parti-parti politik dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang.

Jangan dilupai ziarahilah ulama-ulama semoga keberkatannya boleh kita tumpang bersama.

Mudah-mudahan amal-amal ini melepasi malaikat yang menjaga langit ke tujuh iaitu hanya amal-amal yang ikhlas sahaja yang diterima oleh Allah taala. Sudah pasti kita menyesal kerana amal-amal ini dirasakan patut boleh buat lebih lagi dan berkualiti lagi.

Ikhawah dan akhawat yang dikasihi. Sudah tentu banyak perancangan dibuat sempena menyambut Hari Raya. Di akhir Ramadhan ini, saya berpesan kepada diri saya dan ikhwah akhawat supaya bangun malam pada malam 1 Syawal. Mohonlah agar Allah beri hidayah untuk kita besatu kembali, kekuatan 'izzah dan fizikal untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Berterusan taqwa kita dan semakin rapat kita dengan al Quran.

Awasi anak-anak, jangan terlampau membudayakan perkara-perkara yang sia-sia.

Bagi ikhwah sekeluarga yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Kadang-kadang kita mengamalkan memandu berhemah (defensive driving) , tetapi kecuaian pengguna lain inilah yang mengancam kita. Pastikan kita bukan ancaman di jalanraya dan tidak menjadi statistik kemalangan jalanraya tahun ini.

Berpada-pada dengan budaya hedonisme semasa menyambut hari lebaran. Banyakkan kunjung mengunjungi, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan. Ambil peluang tingkatkan PR dengan masyarakat. Sambil menikmati juadah hari raya berjaga-jagalah terutama yang ada rekod kesihatan yang tidak ceria. Jangan lupa kalau ada rumah terbuka jemput-jemputlah sahabatsahabat. Kalau tak banyak, jamuan sederhana pun sahabat-sahabat tak kisah.

Akhir sekali, sebagai YDP saya memohon ampun dan maaf atas kekasaran saya berbahasa, kelalaian dalam hal ehwal kebajikan sahabat, ketidakhadiran saya ke program dan ke'bisu'an saya dalam hal-hal yang remeh.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Taqobballahu minna wa minkum. Taqobbal ya kareem.

Ikhlas dari : Ij Hj Jamaluddin Abdullah

Syawal 1430

Sabtu, 25 Julai 2009

Mesyuarat Agong Daerah ( MAD )

Musim mesyuarat agong dah bermula. Menghadiri mesyuarat adalah salah satu dari tanggungjawap para ahlinya dalam usaha menghidup, menggerak dan menjaga kelansungan perjuangan mempertahankan kebenaran Islam.

Antum semua dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri;

MESYUARAT AGONG DAERAH JIM SEBERANG PERAI TENGAH
TARIKH: 9 OGOS 2009
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
LOKASI: DEWAN SEMINAR 2, MADRASAH AN NAHDOH, KUBANG SEMANG


Marilah bersama-sama kita;

1. Menunaikan tanggungjawap berjamaah
2. Bertemu rakan-rakan dalam suasana ukhuwwah
3. Mengetahui perkembangan terkini jamaah
4. Memberi pandangan/sumbangan untuk memantapkan lagi jamaah

Selepas selesai MAD kita akan menghadiri PERHIMPUNAN PERWAKILAN NASIONAL (PPN) pula.


Sekalian saf kepimpinan yang ada menanti-nanti kehadiran kalian. Maklumat seterusnya akan diuar-uarkan melalui jaringan mel kita.

Ahlan Wa Sahlan!

Jumaat, 29 Mei 2009

Laporan Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009



Penasihat program Mr AidiAJK JIM PP, sedang mendaftarkan keluarga beliau. Beliau juga telah bernasib nasib telah terpilih sebagai keluarga bertuah.



Pendahuluan
Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009 merupakan satu program yang istemewa bagi warga JIM Pulau Pinang kerana menerima sokongan padu semua daerah dari semua peringkat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dari depan hingga belakang dan yang turut mendoakan program ini. Tidak ada ungkapan yang lebih baik melainkan semoga Allah SWT saja yang akan menganjari kita semua.


Walkathon acara yang paling menarik dibawah kendalian sdr Zulkar9. 10 hadiah terpantas dan 2 hadiah bertuah telah disediakan.


Pada hari itu dapat dilihat hubungan "hubbul akh" atau hubungan saudara memang setia ada disanubari semua cuma kekadang kita agak segan hendak dipamerkan. Maaf jika ada kekurangan dari semua sudut. Banyak lalat merupakan satu nikmat yang juga istemewa kerana kita banyak bersabar dan bertolak-ansur.

Dari kiri; YDP JIM TL Hj Taupek, YDP PP Ir Hj Jamaluddin & SUA Hj Nahar meemriahkan lagi kemesraan Hari Keluarga ini.


Matlumat
Tarikh : 9 Mei 2009 hari Sabtu.

Jam : 8.00 – 1.00 Tghari.

Tempat : Di Empangan Mengkuang. Bukit Mertajam.

Penglibatan semua Daerah. (BD / TL / SPT / SPU / SPS)

Penyertaan : 40 Keluarga & 6 individu anggaran keseluruhan 126 orang

Penganjur : JK Kebajikan Kekeluargaan JIM Negeri Pulau Pinang

Anak-anaklah yang paling seronok bersukaneka yang dewasanya pun apa kurangnya.


Objektif

Satu program mudah dan santai (very lite & easy).

Merasai impaknya untuk seluruh daerah.

Pertingkatkan ikatan dan ukhuwah keluarga jamaah yang Rabbani

Jawatan kuasa kecil

Penasihat : Aidi Ahmad Dewa

Pengarah dan Setiausaha : Rusli Hashim

Bendahari & Teknikal : Hj Atan

Sukaneka : Adenan Dahalan

Persembahan & Jurukamera : Mohd Tuah

Walkathon : Zulkarnain Ahmad

Kebersihan & masalah lalat : AmerEfendi

Pendaftaran & Hadiah : Mimun Jana

Makanan & Kerusi/meja : Ahmad Baharudin

Pengerusi Majlis : Ariff Budiman

Acara simpanan (bila hujan) : Dr Roslan

Banner : Hj Roslan Ramli

Senaman Silat : Rusli Hashim

Tazkirah : Dr Danial Zainal Abidin


Aturcara

7.30 pagi – Pendaftaran & Senam Silat

8.00 pagi – Walkathon

10.00 pagi – Sekaneka

11.00 pagi – Persembahan

12.00 t/h – Tazkira Perdana

12.30 t/h – Penyampaian hadiah

Rumusan

Program ini berjaya menghimpunkan semua peringkat keluarga JIM Pulau Pinang. Cuma pada awal pagi itu hujan lebat dan program telah ditunda satu jam kemudian. Acara walkathon sejauh 3 km menjadi satu acara yang induk dan hangat dipertangdingkan. Acara ini melibatkan penyertaan berbentuk berkumpulan tiga peserta dari satu keluarga.


Dengan menijau ke tempat lokasi terlebih dahulu dapat membuat persediaan yang sewajarnya. Masalah lalat seperti yang dirancang telah ditangani dengan baik oleh Amer Efendi dan JIM TL dengan menyediakan beberapa perangkap lalat tetapi masih ada lalat yang tidak mampu dihapuskan 100 peratus. Namun dengan membekalkan makanan secara bungkus banyak membantu mengurangkan kehadiran lalat ini.


Semua daerah telah mendapat hadiah masing-masing dan dari kedudukan pertama keseluruhan hingga kelima. Hadiah-hadiah untuk walkathon dan cabutan bertuah telah memberi satu keriangan yang tidak terhingga kepada yang bernasib baik. Hadiah-hadiah ini sengaja dibanyakkan untuk memberi kepuasan kepada semua para hadirin.


Hebahan sebulan awal daripada YDP JIM PP Ir Hj Jamaluddin pada 13 April 2009 telah memberi persediaan yang mencukupi kepada AJK dan semua daerah. Kehadiran tokoh-tokoh besar JIM seperti Hj Nahar Mohd Nor Setiausaha Agong, Dr Danial Zainal Abidin dan Hj Mohd Rashid Hasnon Mantan YDP Negeri telah memeriahkan lagi program ini. Perhimpunan keluarga-keluarga duat dalam JIM ini telah mencapai objektif program dan diharap menetapi kehendak KPI RJIM2.


Terima kasih kepada JIM Negeri Pulau Pinang kerana memberi peluang daerah SPT untuk menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada AJK kecil dan YDP-YDP daerah yang turut membantu. Terima kasih kepada semua yang melibatkan diri secara lansung dan tidak lansung.


Cadangan masa depan

Program sebegini harus diteruskan lagi menjadi agenda tahunan . Digilirkan tempat mengikut daerah. Jika ada peluang digabung dengan badan, jamaah atau pertubuhan yang lain. Mungkin dengan jabatan kerajaan yang sesuai.


Agihan tugas mengikut daerah memudahkan dan mengurangkan bebenan yang mungkin ada. Faktor cuaca seperti berkemungkinan hujan harus dilihat dengan menyediakan tempat atau dewan dan aktiviti alternatif yang sesuai.


Disediakan oleh :Rusli Hashim

Sabtu, 13 Disember 2008

Foto-foto Aktiviti Kemasyarakatan JIM

Majlis korban sempena Eidul Adha 1409H di Kemboja. Aktiviti ini diadakan setiap tahun dengan masyarakat setempat.



Rabu, 10 Disember 2008

JIM Barat Daya - KBM remaja untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5

JIM Barat Daya telah pun menjalin hubungan dengan JKKK Teluk Bahang. Hubungan telah bermula dalam bulan puasa semasa sesi sumbangan fakir miskin. Ini diikuti dengan hari silaturahim awal Nov.

Mereka telah meminta JIM membuatkan suatu aktiviti untuk remaja. Maka dengan itu JKKK Titi Teras dan JKKK Teluk Bahang bersama JIM Barat Daya akan menganjurkan:

Kem Motivasi Remaja ( KBM )
di Sek Men Teluk Bahang
pada 13 dan 14 Disember


Penyertaan adalah untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 (pada 2008) sahaja. Mereka yang berminat sila daftarkan anak-anak antum dengan Zulfahmi 019.4565.817.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis 11 Dec 2008 11:59 pm

Tentatif program:

hari sabtu - 5 slot
a. knowing me knowing you
b. titian kejayaan
c. akrab persahabatan
d. sihat sepanjang hayat
e. meniti angin malam

hari ahad - 4 slot
a. meniti embun pagi
b. kini dan hijrah
c. ku sayang ibu ayah (slot bersama ibu ayah)
d. menyemai kasih menuai sayang