Selasa, 15 Jun 2010

Perutusan YDP JIM PP

Oleh : YDP JIM PP Tn Hj Taufek Bin Hj Abdul Rahman

Salam Semua..!
Saya jarang menggunakan saluran JIMPP ini untuk berbicara tentang IKRAM. Dan semua kita tahu hujung minggu ini akan ada satu peristiwa penting kepada gerakan dakwah di Malaysia, iaitu Majlis pelancaran IKRAM di Pusat Konvensyen The Mines di KL.

Program yang akan bermula dari jam 8.00 pagi dan akan berakhir 1.00 T/hari, dijangka akan dihadiri oleh 4,000 ahli dan belum ahli, penyokong, ahli keluarga dan tetamu jemputan dari pelbagai peringkat serta pihak media.

Kita dari Pulau Pinang akan pergi dengan 4 buah bas dan berkonvoi kereta . Setakat ini 210 orang akan kesana. Bagi yang berminat untuk untuk turut serta, kenalah bawa kenderaan sendiri kerana bas dah penuh...Bagi ahli JIM Pulau Pinang yang tinggal di KL dan yang lain boleh maklumkan kepada Setiausaha Negeri, Isahak jika ingin turut hadir dihari yang cukup bersejarah ini...Boleh la berjumpa dengan kawan2 lama dari P.Pinang dan seluruh Malaysia.

Apa akan jadi kepada JIM selepas ini? Kita tunggu dan lihat selepas 20 hb ini...Apakah akan ada satu PPN (Perhimpunan Perwakilan Nasional) Khas JIM dalam masa terdekat ini...Saya pun tak tahu..! Kebetulan bila saya jadi YDP Negeri, satu transformasi dan transisi besar2an sedang dan bakal berlaku kepada gerakan dakwah di Malaysia. InsyaAllah IKRAM akan menjadi satu wahana baru dan utama untuk dakwah kita dan massa...

Dakwah tidak boleh berhenti. Pengalaman luas aktivis JIM selama 20 tahun perlu dimanafaatkan sepenuhnya di dalam IKRAM dengan lebih tersusun dan mantap. Mari kita sama2 mendokong sambil berdoa agar platform baru IKRAM akan muncul sebagai satu kekuatan baru gagasan ummah bagi dekad ini dan dekad2 seterusnya...


HMT Salam Satu Ummah...!

Khamis, 10 Jun 2010

Penggunaan istilah Israel

Islam.
Islam dan orang Islam telah diberi nama semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi. ‘Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang Islam semenjak dahulu.’ Al Haj 22:78 Ketika Tuhannya berfirman kepadanya (Ibrahim) "Aslim" Islamlah kamu (tunduk dan patuhlah) Maka telah dijawab Aku telah Islam (tunduk dan patuh) kepada tuhan sekelian alam.’ Al-Baqarah 2:131

’Dan Ibrahim telah berpesan dengannya kepada anak-anaknya begitu juga dengan Ya'qub. Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih untukmu satu cara hidup (agama) maka janganlah kamu mati melainkan kamu orang Islam’ Al-Baqarah 2:132 ’Atau adakah kamu hadir ketika Ya'qub didatangi (tanda) kematian ketika berkata kepada anak-anaknya Siapa yang akan kamu abdikan diri selepas ku? Jawab mereka: Kami abdikan diri kepada tuhan kamu dan tuhan bapa-bapa kamu (iaitu) Ibrahim, Ismail dan Ishak tuhan yang satu. Dan kam iorang-orang Islam.’ Al Baqarah 2:133
Apa ada pada nama? Kita tentunya sebagai umat Islam telah mengetahui bahawa Nabi-nabi semuanya Islam. Tetapi agak menarik juga ialah nama orang Islam dari terjemahan muslim/muslimin atau muslimum telah diguna pakai sekian lama. Jadi ummat yang terdahulu pun adalah umat Islam. Jika nabi-nabi tersebut hidup hingga zaman sekarang mereka tergolong dan akan mengolongkan diri sebagai orang Islam. Jadi jika nabi Ya'qub dan anak-anaknya masih hidup mereka akan bersama dengan orang Islam, jika mereka hidup tentunya mereka di kalangan orang-orang Palestin.


Begitu juga Fir'aun boleh dilihat sebagi menindas ummat Islam. ‘Hingga apabila ia hampir tenggelam berkatalah ia: Aku percaya tiada tuhan melainkan tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil. Dan aku termasuk dari kalangan orang Islam.’ Yunus 10:90 Jadi dalam keadaan sudah terlambat Firaun ingin menjadi orang Islam. Cuma keadaan zamannya menjadikan nabi-nabi terhad pada kaumnya sahaja. Sedangkan semua nabi-nabi dan rasul-rasul adalah Islam, milik orang Islam.

Israel
Telah diketahui bahawa Israel adalah satu gelaran kepada Nabi Ya'qub, seperti tersebut dalam Al Quran Surah Ali Imran 93 Jadi nama "Israel" apa-apa bentuk ejaan maupun sebutan yang digubah darinya adalah milik dan hak orang Islam. Tidak berhak lah orang Yahudi menggunakannya. jangan kita berikan hak, jangan diiktiraf.

Tetapi agak mendukacitakan apabila kita menunjuk perasaan ada slogan melaknat, mengutuk Israel. Untuk ini kita patut faham dan mempraktikkan dasar luar negara iaitu dasar dalam hubungan antara negara yang tidak mengiktiraf negara zionis itu. Tidak mengiktiraf kewujudannya. Jangan digunakan "Israel" untuk merujuk negara Yahudi tersebut. Kita boleh gunakan istilah zionis atau rejim Tel-Aviv. Termasuklah semua media berhuruf, buku-buku, peta-peta, dokumen komputer dan apa sahaja yang melabel negara Israel perlu ditukar kepada Palestin.

Dari sini kita boleh faham kenapa Hamas tidak akan mengiktiraf negara zionis tetapi sanggup berdamai bersyaratkan orang Palestin dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. ‘Bukanlah Ibrahim as. seorang yahudi dan bukan juga nasrani tetapi dia adalah seorang yang lurus (hanif) musliman.’ Ali-Imran 3:67

Kita sedar orang Yahudi sudah biasa menuntut dan mengaku perkara yang bukan hak mereka. Mereka tidak boleh tuntut bumi Palestin sebagai negara mereka dan mereka tidak boleh tuntut nama Israel untuk negara mereka. Hak mereka tidak lebih seperti manusia lain-lainnya. Mereka juga mendakwa mereka adalah manusia yang lebih mulia dari lain-lain bangsa sepertimana mereka dakwaan mereka. ‘Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasara kami ini anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya. Katakanlah jika begitu mengapa kamu diazab kerana dosa-dosa kamu? Bahkan kamu adalah manusia biasa dari yang telah diciptakan’ Al Maidah 5: 18 Dan kita mengetahui dari sunnah nabi-nabi dan melihat sekarang bahawa orang-orang mukmin akan terus berdiri teguh dalam seburuk mana keadaan pun dan mereka ini (ramai) tinggal di sekitar Baitul Maqdis. Jangan diperkecilkan Palestin hanya Tebing Barat (tempat Baitul Maqdis) dengan jalur sempit Gaza. Tempat yang dirampas Zionis semuanya sekali milik umat Islam. Tempat yang dijanjikan dahulu dan akan datang hingga akhirat semuanya atas nama Islam. Walaupun kita tahu orang Palestin bukan semuanya Islam tetapi Hamas memimpin dan membawa imej Islam kepada semuanya. Demikianlah Allah meninggikan syariatnya di atas segala agama. Allah Akbar.

Tulisan :
Wan Hasbullah Sungai Ara

Isnin, 7 Jun 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna


1. Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.
4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.
8. Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; “Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.