Hafinah atau nama sebenarnya Abu Hanifah Amri, penulis blog Insan Marhaen ( Setiausaha JIM SPT ) bersama ibu_suri
1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.
Aku lahir di Slim River. Membesar di Ipoh. Berkeluarga di Penang. Aku anak sulong dari 9 beradik. Ada 3 orang anak lelaki. Aku bekas pelajar di SR Sri Kepayang, kemudian di SM Anderson, SM Raja Chulan dan melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA, K. Lumpur di bidang elektronik. Kini bekerja di Renesas Semiconductor. Minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah. Pernah aktif dalam kumpulan nasyid, seni silat Gayong. Menyertai aktiviti dakwah bersama Jamaah Islah Malaysia dan penah menyertai xpdc menawan Gunung Tahan.
2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda
Aku meminati blog sejak tahun 2008. Hendak menulis dalam akhbar aku tak mampu. Apatah lagi nak menerbitkan buku. Maka aku merasa blog adalah podium paling sesuai untuk aku menulis secara santai. Jika sudi ziarahilah aku yang hanya seorang insan marhaen ini di http://hafinah.blogspot.com
3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?
Menulis blog bukan lagi sebagai hobi malah sudah menjadi kemestian. Saban hari aku akan mengadap blogku. Sejak aku tidak dapat aktif dalam xtvt dakwah, blog adalah tempat aku berbicara. Dan aku berazam untuk menjadikan blog sebagai tempat aku menyampai nasihat dan tunjuk ajar dari pengalaman yang aku ada.
4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"
Yeah! Sesuatu yang memang sepatutnya ada dan didokongi kerana KBP akan dapat menyatukan para bloggers dalam sebuah keluarga maya.
5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?
Jangan biarkan blog anda melewar tanpa landasan. Gunakanlah kesempatan menulis blog untuk berkonsi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain. Juga gunakan blog untuk melontarkan buah fikiran kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan