Memaparkan catatan dengan label Catatan dari luar blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan dari luar blog. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Disember 2010

Tidakkah Kita Bersyukur?

catatan: abu hanifah

Semasa melayari laman blog ini, aku agak terharu dengan kegigihan, kecekalan dan kejayaan insan istimewa ini. Terasa diriku lebih beruntung dari sudut fizikal tetapi ketinggalan dari sudut amalan.

Biarlah foto-foto ini menceritakan semuanya. Aku percaya kalian akan lebih terkesan.





Ahad, 5 Disember 2010

Al Quran Menjawap setiap Pertanyaan Manusia

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?

Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku menyatakan aku frust ?

Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an Menjawab : dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an Menjawab : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?

Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (At-Taubah : 111)

sumber: email

Rabu, 1 Disember 2010

Program Cuti Sekolah

KEM CUTI SEKOLAH NEGERI PULAU PINANG

Tarikh:
10 - 14 DISEMBER 2010

Tempat:
Sekolah Al-Mashoor (Lelaki) dan Sekitar Negeri Pulau Pinang.

Aktiviti:
· Lawatan ke tempat bersejarah P.Pinang
· Trekking & Outdoor Activities.
· Pengenalan kepada aktiviti sukan.
· Mengenali Budaya Malaysia.
· Kenali Alam Sekitar dengan Sahabat Alam Malaysia.
· Kesihatan Reproduksi
· Solat Outdoor Berjemaah

Daftar Segera! Hanya RM10 sahaja:

· Mira (04-8267503)/ Azhar(013-4891004)/ Huda(013-4465676)/ Khoo(016-4883828)

atau emel kembali kepada saya no. yg ingin dihubungi.

Keperluan: Keperluan diri/Keperluan Solat/Pakaian Sukan setiap hari.

JOM..

Sabtu, 26 Jun 2010

Oh Isteriku...Alahai Suamiku

Oh Isteriku...Alahai Suamiku


seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler
halaman rumah berselerak
surat di peti pos tak berambil
anak-anak tengah main korek-korek tanah
kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran
rambut tak bersikat, tak bermandi,

masuk ke pintu rumah
lagi lelaki tu terkejut
ruang tamu lagi teruk berselerak

lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur
singki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh
periuk tidak bercuci
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air
baju masih belum berbasuh
apatah lagi berendam
lelaki itu cemas mencari isterinya
dia bergegas ke tingkat atas
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam


balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.

....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

sumber: email

Sabtu, 12 Disember 2009

Mengejar Zamzam Kehidupan

Bagi setiap penderitaan ada rahsia dan hikmatnya. Ketika saya menyampaikan motivasi di Radio Malaysia Pulau Pinang, ketika tiba musim haji, saya akan ingatkan umat Islam tentang satu kisah yang melambangkan kecekalan yang unggul. Kisahnya berkaitan dengan seorang srikandi umat yang bernama Siti Hajar.

Oleh kerana nabi Ibrahim terpaksa melaksanakan perintah Allah, Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan di satu kawasan yang kering kontang yang dikenali pada hari ini dengan nama Mekah. Bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi beliau ketika itu. Namun Siti Hajar tidak mengeluh dan menyalahkan nasib serta takdir. Beliau bangun dan berlari-lari antara Safa dan Marwah untuk mendapatkan makanan dan pertolongan namun usaha itu tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya datanglah pertolongan daripada Allah.

Dari celah bumi yang kering kontang itu terbitlah air yang mengalir hinggalah ke hari ini. Air itu ialah air zamzam. Ia mengalir dengan penuh keberkatan sehingga kawasan yang tandus tanpa penghuni itu bertukar menjadi satu kawasan yang subur yang menjadi tumpuan manusia. Semua ini terhasil berkat kesabaran dan kecekalan Siti Hajar. Dan begitulah sikap orang-orang yang berjaya. Mereka bangun untuk berusaha. Ketika diuji mereka tidak suka mengeluh dan menyalahkan orang lain. Mereka yakin dengan bantuan Allah dan mereka sedar bantuan itu akan datang selepas mereka berusaha dengan penuh kesabaran. Jika mereka tidak berjaya di Safa, mereka akan mencuba pula di Marwah sehingga Allah menganugerahkan pertolongan dan kejayaan dari sisiNya. Memang benar, sikap positif Siti Hajar ini perlu kita contohi jika kita ingin mencapai zamzam kejayaan seperti beliau.

Pada hari ini apabila umat Islam melakukan sai dari Safa ke Marwah di musim haji, mereka sebenarnya sedang diingatkan tentang pengorbanan dan kecekalan Siti Hajar ini. Berhubung dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan pandangan sahabat Abdullah ibn Abbas yang berkata, "(Amalan sai dari Safa ke Marwah) pada asalnya dikaitkan dengan kejadian yang berlaku ke atas Siti Hajar. Ketika mencari air untuk anaknya, beliau telah berlari berulang alik dari Safa ke Marwah dengan hati yang tunduk, khusyuk serta mengharapkan rahmat Ilahi. Akhirnya Allah menganugerahkan air zamzam sebagai makanan dan minuman malah sebagai ubatan kepada beliau."


(sumber dari - http://mindasuper.com)

Sabtu, 4 April 2009

Hafinah ditemubual Komuniti Bloggers Penang

Hafinah atau nama sebenarnya Abu Hanifah Amri, penulis blog Insan Marhaen ( Setiausaha JIM SPT ) bersama ibu_suri

1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.

Aku lahir di Slim River. Membesar di Ipoh. Berkeluarga di Penang. Aku anak sulong dari 9 beradik. Ada 3 orang anak lelaki. Aku bekas pelajar di SR Sri Kepayang, kemudian di SM Anderson, SM Raja Chulan dan melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA, K. Lumpur di bidang elektronik. Kini bekerja di Renesas Semiconductor. Minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah. Pernah aktif dalam kumpulan nasyid, seni silat Gayong. Menyertai aktiviti dakwah bersama Jamaah Islah Malaysia dan penah menyertai xpdc menawan Gunung Tahan.

2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda

Aku meminati blog sejak tahun 2008. Hendak menulis dalam akhbar aku tak mampu. Apatah lagi nak menerbitkan buku. Maka aku merasa blog adalah podium paling sesuai untuk aku menulis secara santai. Jika sudi ziarahilah aku yang hanya seorang insan marhaen ini di http://hafinah.blogspot.com

3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?

Menulis blog bukan lagi sebagai hobi malah sudah menjadi kemestian. Saban hari aku akan mengadap blogku. Sejak aku tidak dapat aktif dalam xtvt dakwah, blog adalah tempat aku berbicara. Dan aku berazam untuk menjadikan blog sebagai tempat aku menyampai nasihat dan tunjuk ajar dari pengalaman yang aku ada.

4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"


Yeah! Sesuatu yang memang sepatutnya ada dan didokongi kerana KBP akan dapat menyatukan para bloggers dalam sebuah keluarga maya.

5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?

Jangan biarkan blog anda melewar tanpa landasan. Gunakanlah kesempatan menulis blog untuk berkonsi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain. Juga gunakan blog untuk melontarkan buah fikiran kalian.

Rabu, 28 Januari 2009

Sebuah Pengorbanan

Banyak kalanya gambar lebih mampu menceritakan sesuatu dengan lebih berkesan berbanding penulisan. Ilustrasi di bawah ini memaparkan segalanya...
































Past is Experience.. .!
Present is Experiments. ..!
Future is Expectations. ..!
Use your Experience in your Experiments to achieve your Expectations. ..!!!


Sumber: www.MumbaiHangout.Org

Sabtu, 24 Januari 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian.

Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza ", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Khamis, 22 Januari 2009

Teknologi Mata dan Telinga

Persoalan lainnya yang tetap tak terjawab oleh teori evolusi adalah kemampuan panca indera yang luar biasa pada mata dan telinga.

Sebelum melanjutkan pembicaraan ten¬tang mata, marilah kita jawab secara sepintas tentang pertanyaan “bagaimanakah kita melihat”. Cahaya yang masuk dari sebuah benda jatuh secara berlawanan pada retina mata. Di sini, cahaya ditransmisikan menjadi sinyal-sinyal elektris oleh sel, dan cahaya tersebut sampai ke titik kecil di belakang otak yang disebut sebagai pusat penglihatan. Sinyal-sinyal elektris ini di pusat otak terlihat sebagai bayangan setelah melewati serangkaian pro¬ses. Dengan latar belakang teknis ini, marilah kita berpikir sejenak.

Otak terlindung dari cahaya. Ini artinya bahwa di bagian dalam otak sama sekali gelap, dan cahaya tidak sampai ke lokasi otak. Tempat yang disebut sebagai pusat penglihatan benar-benar gelap, dan cahaya tidak pernah mencapainya. Bahkan mungkin meru¬pakan tempat yang paling gelap yang pernah anda ketahui. Namun, anda melihat dunia yang cemerlang dan terang benderang dari tempat yang sangat gelap.

Gambar yang terbentuk di mata sangat tajam dan sangat jelas, bahkan teknologi abad ke-20 tidak mampu menyamainya. Misalnya, perhatikanlah buku yang anda baca, tangan yang dengannya anda memegang, kemudian angkatlah kepala anda dan lihatlah sekitar anda. Pernahkah anda melihat bayangan yang sangat tajam dan sangat jelas seperti ini di tempat lain? Bahkan layar televisi yang paling unggul yang diproduksi oleh pabrik televisi dunia yang paling canggih sekalipun tidak akan mampu menyajikan gambar yang sangat tajam kepada anda. Gambar di mata ini berbentuk tiga dimensi, berwarna, dan sangat tajam. Selama lebih dari seratus tahun, ribuan insinyur telah berusaha untuk menghasilkan ketajaman ini. Pabrik-pabrik dan perusahaan-perusahaan raksasa pun didirikan, berbagai riset dilakukan, berbagai rencana dan desain dilakukan untuk mencapai tujuan ini. Sekali lagi, lihatlah ke layar TV dan buku yang anda pegang. Anda akan melihat bahwa terdapat perbedaan besar dalam ketajaman dan kejelas¬an. Di samping itu, layar TV menunjukkan gambar dua dimensi, sedangkan dengan mata anda, anda melihat gambar tiga dimensi yang memiliki ketajaman.

Selama beberapa tahun, sepuluh dari seribu insinyur telah berusaha untuk membuat TV tiga dimensi yang dapat menyamai kualitas pandangan seperti mata. Ya, mereka telah membuat sistem televisi tiga dimensi, tetapi mustahil untuk melihatnya tanpa mengena¬kan kaca mata, lagi pula, gambar itu merupa¬kan gambar tiga dimensi yang artifisial. Latar belakang tampak kabur, latar depan tampak seperti setting kertas. Sampai kapan pun mustahil untuk menghasilkan pandangan yang tajam dan jelas seperti pandangan pada mata. Baik kamera maupun televisi tidak memiliki kualitas gambar yang tajam dan jelas.

Para ahli evolusi menyatakan bahwa meka¬nisme yang menghasilkan gambar yang tajam dan jelas ini terjadi secara kebetulan. Seka¬rang, jika seseorang mengatakan kepada anda bahwa televisi yang ada di kamar anda terjadi secara kebetulan, semua atomnya datang secara kebetulan lalu membentuk peralatan yang dapat menghasilkan gambar, maka bagaimanakah pendapat anda? Bagaimana mungkin atom-atom dapat melakukan hal-hal yang tidak dapat dilakukan oleh ribuan orang?

Jika suatu peralatan yang menghasilkan gambar yang lebih primitif daripada mata tidak dapat terjadi secara kebetulan, maka jelaslah bahwa mata dan gambar yang terlihat oleh mata tidak dapat terjadi secara kebetulan. Keadaan yang sama juga berlaku pada telinga. Telinga bagian luar menangkap suara yang ada melalui daun telinga lalu megarahkan suara itu ke bagian tengah telinga, dan bagian tengah telinga mengirimkan getaran suara ke otak dengan mengubah suara itu menjadi sinyal-sinyal elektrik. Sebagaimana mata, proses mendengar berakhir di pusat pende¬ngaran di otak.

Situasi pada mata juga berlaku pada telinga. Yakni, otak terlindung dari suara sebagaimana ia terlindung dari cahaya: ia tidak membiarkan suara apa pun mema¬suki¬nya. Dengan demikian, betapapun berisiknya suara di luar, bagian dalam otak sepenuhnya sunyi senyap. Namun demikian, otak dapat menangkap suara dengan sangat jelas. Di otak anda, yang terlindung dari suara, anda men¬dengar simponi dari sebuah orkestra, dan anda mendengar semua bunyi di keramaian. Namun demikian, jika tingkat suara di otak anda diukur dengan peralatan yang akurat pada saat itu, maka akan diketahui bahwa yang terjadi dalam otak adalah kesunyian.

Sebagaimana pada kasus alat perekam gambar, selama puluhan tahun telah dilaku¬kan usaha untuk menghasilkan suara sebagai¬mana dalam bentuk aslinya. Hasil dari usaha tersebut adalah perekam suara “high fidelity system”, dan sistem untuk merekam suara. Meskipun teknologi ini telah digali dan ribu¬an insinyur dan ahli telah bekerja keras, tetapi tidak ada suara yang diperoleh, yang memiliki ketajaman dan kejelasan seperti suara yang ditangkap oleh telinga. Perhati¬kanlah HI-FI sistem dengan kualitas sangat tinggi yang dihasilkan oleh perusahaan terbesar dalam industri musik. Bahkan dalam peralatan ini, ketika suara direkam, sebagian suara ada yang hilang; atau ketika anda meng¬hidupkan HI-FI, anda selalu mendengar suara yang men¬desis sebelum musik dimulai. Namun, suara-suara yang merupakan produk dari teknologi tubuh manusia sangat tajam dan jelas. Telinga manusia tidak pernah menang¬kap suara yang disertai dengan bunyi men¬desis sebagaimana pada HI-FI; telinga me¬nang¬kap suara seperti apa adanya, tajam dan jelas. Keadaan ini ber¬laku semenjak manusia pertama kali dicip¬takan.

Sejauh ini, tidak ada peralatan visual atau perekam suara yang dihasilkan oleh manusia yang sangat peka dan berhasil menangkap data indera sebagaimana mata dan telinga.

Namun, sepanjang yang berkaitan dengan penglihatan dan pendengaran, terdapat fakta yang lebih besar di balik semua itu.


sumber: Beberapa Rahsia Al Quran - Harun Yahya

Rabu, 21 Januari 2009

BUDAYA ROBIN HOOD

Oleh Dr. Danial Zainal Abidin

"Apabila seseorang melakukan amalan dengan hati yang ikhlas tetapi amalan itu tidak menepati syariat, ia ditolak (oleh Allah). Jika amalan itu menepati kehendak syariat tetapi tanpa keikhlasan, ia juga tertolak." (Dalam al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar as-Salam, jil. 1, hal. 219)


Robin Hood merupakan hero legenda yang hidup bersama rakan-rakannya dalam hutan Sherwood di Nottinghamshire, England. Mengikut kisah, beliau merupakan seorang perompak yang merompak harta orang-orang kaya bertujuan untuk membantu golongan miskin. Dalam erti kata yang lain, beliau adalah seorang PEROMPAK berhati mulia. (Wikipedia, Robin Hood, http://en.wikipedia.org/)


Pada hari ini budaya yang diamalkan oleh Robin Hood ini dikenali sebagai Machiavellianisme. Mengikut Academic Press Dictionary of Science and Technology, Machiavellianisme bermaksud "perangai yang cenderung untuk melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribadi". Ia diasaskan oleh seorang pemikir dari Florence, Itali yang bernama Niccolo Machiavelli.


Beliau hidup di zaman kebangkitan Barat atau Renaissance dan menjadi terkenal melalui bukunya The Prince yang ditulis pada tahun 1532. Buku itu secara dasarnya menekankan tentang kehalalan seseorang pemerintah menggunakan sebarang cara untuk mengekalkan kuasanya. Akhirnya Machiavellianisme menjadi satu sistem nilai yang dihayati oleh masyarakat berasaskan konsep ‘niat membersihkan cara' ataupun the end justifies the means. Machiavellianisme amat bercanggah dengan Islam kerana Islam menekankan tentang kesucian NIAT DAN CARA serentak dalam setiap amalan.


Dalam surah Al-Baqarah ayat 112 Allah berfirman, "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita."


Berhubung dengan ayat ini, dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Ayat ini menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah)."


Syariat boleh dikiaskan seperti rel kereta api. Tanpanya kereta api tidak akan sampai kepada destinasi. Allah telah mengurniakan kepada umat Islam landasan atau rel hidup yang kukuh. Landasan itu ialah al-Quran dan as-Sunnah dan ia merupakan dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Daripada al-Quran dan as-Sunnah lahirlah peraturan hidup yang bernama syariat. Berhubung dengan ini nabi bersabda, "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunahku." Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan Ibn Abdul Barr dari Abdullah ibn Omar, dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu Hurairah.

Sumber - http://www.mindasuper.com