Ahad, 23 Mei 2010

TARIK BALIK LESEN PERJUDIAN BOLASEPAK PIALA DUNIA

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang
14 hb Mei 2010 Add Video

Tarik Balik Lesen Perjudian Bolasepak Piala Dunia

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Pulau Pinang merasa kesal dengan tindakan Kementerian Kewangan yang memberikan konsesi berbillion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation untuk mengendalikan pertaruhan judi bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada Jun 2010 ini.
Hj Mohammad Taufek Bin Hj Abdul Rahman Yang Dipertua JIM Pulau Pinang.

Amalan perjudian ala globalisasi ini amatlah tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Memberi lesen untuk menghalalkan judi adalah satu kesilapan besar kerana hukum Islam sendiri dengan tegas mengatakan judi itu adalah haram.

Matlamat untuk mengutip cukai hasil daripada keuntungan judi pertaruhan ini , tidak boleh menghalalkan cara dengan memberikan permit atau lesen. Sejak sekian lama golongan yang terlibat dengan perjudian terutama Tauke dan 'kaki judi' dipandang negatif oleh masyarakat bukan saja bagi yang beragama Islam, tetapi juga dari agama serta budaya bangsa kaum lain.

JIM berharap pihak Kementerian perihatin dengan kesan yang telah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Begitu juga kepada generasi muda yang mungkin akan turut terjebak sama dengan amalan 'keasyikan' perjudian ini.
Selain akan meningkatkan penyakit sosial, ketagihan judi boleh menularkan tabiat suka berhutang dan sanggup bergadai apa saja untuk menang dan nak cepat kaya. Telah ramai individu dan syarikat yang menjadi muflis secara mengejut akibat amalan berjudi,dan ini telah menyebabkan keruntuhan institusi keluarga, pergaduhan dan lain-lain krisis dalam masyarakat.

Adalah dikhuatiri aktiviti meminjam dari ceti haram seperti Along akan turut berleluasa diwaktu berlangsungnya Piala Dunia itu nanti. Disamping itu persepsi dan pemikiran masyarakat boleh rosak dengan anggapan bahawa judi dan sukan (termasuk arak) itu, adalah sesuatu yang sinonim.

Agama Islam menganggap judi itu adalah amalan jahilliah dan didalam Al Quran sendiri (Surah Al Baqarah ayat 219) ada menyebutkan bahawa judi dan arak itu merupakan satu dosa besar yang perlu dijauhi secara bersungguh-sungguh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa:
" Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi mempedulikan sumber perolehan hartanya samada dari yang halal atau haram"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh tu, JIM Pulau Pinang mendesak pihak yang diamanahkan kuasa yang terlibat meluluskan lesen perjudian ini, menarik balik kebenaran judi pertaruhan dalam semua jenis sukan yang berlangsung dinegara tercinta ini. Ini termasuklah membenteras segala aktiviti judi haram yang telah berjalan sekian lama.

Sekian, Terima Kasih.

Salam Hormat dari,
Hj Mohd Taufek Bin Hj Abd Rahman
Yang DiPertua JIM Negeri P.Pinang
019 4153850

Juga boleh dihubungi:
En Isahak b Ismail
Setiausaha JIM Negeri
012 4300216

Jumaat, 30 April 2010

Keajaiban Penciptaan Nyamuk

Gotong-royong sebegini amat baik untuk mengurangkan pembiakan nyamuk.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 26
“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,”

Huraian 'yang lebih dari itu' :
Diwaktu turunnya surat Al Hajj ayat 73 yang di dalamnya Tuhan menerangkan bahwa berhala-berhala yang mereka sembah itu tidak dapat membuat lalat, sekalipun mereka kerjakan bersama-sama, dan turunnya surat Al Ankabuut ayat 41 yang di dalamnya Tuhan menggambarkan kelemahan berhala-berhala yang dijadikan oleh orang-orang musyrik itu sebagai pelindung sama dengan lemahnya sarang laba-laba.

Disesatkan Allh :
Disesatkan Allah berarti: bahwa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mau memahami petunjuk-petunjuk Allah. dalam ayat ini, Karena mereka itu ingkar dan tidak mau memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, Maka mereka itu menjadi sesat.

Nyamuk, seekor makhluk yang lemah tapi menakjubkan. Ketika membuat perumpamaan seekor nyamuk, Allah hendak menjelaskan kepada manusia bahawa makhluk yang kecil ukurannya ini, agung dalam penciptaannya yang mengagungkan penciptnya.

Berikut ini adalah sebahagian fakta tentang nyamuk :
Ia adalah seekor betina;
Memiliki seratus mata di kepalanya;
Memiliki 48 gigi di mulutnya;
Mempunyai 3 jantung di perutnya lengkap dengan bahagian-bahagiannya;
Memiliki 6 pisau di belalainya dan masing-masing mempunyai fungsi yang berbeza;
Memiliki 3 sayap pada setiap sisinya;

Ia dilengkapi dengan alat pengesan panas seperti infra merah yang berfungsi mamantulkan warna kulit manusia dalam kegelapan menjadi warna ungu hingga membolehkannya melihat;
Dilengkapi dengan alat pembius yang membantu daripada bahaya tusukan, agar manusia tidak merasakan. Adapun yang kita rasa seperti gigitan adalah hasil daripada hisapan darah kita;
Dilengkapi dengan alat tapisan darah, hingga ia tidak menyedut sembarangan darah;
Dilengkapi alat untuk mengalirkan darah hingga darah boleh mengalir melalui belalainya yang sangat lembut dan kecil;

Ilmu pengetahuan moden telah mengungkapkan fakta bahawa di atas punggung nyamuk hidup serangga yang sangat kecil, yang tidak nampak kecuali dengan alat pembesar (mikroskop). Ini adalah beberapa bukti kehebatan Allah.

Wallahu’alam.


Kolek Ketua Wanita JIM SPT:
Pn Hajjah Eidakhairani Binti Elias


Sumber rujukan :
Mohamad Sodikin Rahman; Misteri Keajaiban Dunia; Pustaka Azhar; Johor Bahru, 2009.

Khamis, 25 Mac 2010

Sumbangan Kerusi Roda

From: Mohamad Fuzi HE
Sent: Thursday, March 25, 2010 8:53 AM
Subject: FW: Kerusi Roda

Assalamualaikum,

Terima kasih yang tidak terhingga dari Unit Amal DPP Kawasan Kulim Bandar Bahru kepada JIM SPT di atas sokongan dan bantuan.

Photo menunjukkan bantuan yang telah disampaikan kepada yang memerlukan.

Terima Kasih.

Wassalam.