Ahad, 4 Disember 2011

Tabuk Dulu dan 'Tabuk' Masa Kini

Tabuk dahulu..
Mereka sedih bukan kerana dosa,
Kesedihan mereka kerana tidak dapat menyahut seruan Allah dan RasulNya..

Tabuk kini..
Dosa hanya ditepis bagaikan lalat yang menyinggahi hidung..
Jangan dikata sedih kerana tidak dapat taat kepadaNya,
Sedih berbuat dosa pun jarang sekali..

Tabuk dahulu..
Mereka sedih kerana kefakiran yang menghalang mereka berjuang..

Tabuk kini...
Kita gembira dengan kesenangan yang menghambat kaki dan tangan untuk pergi berjuang..

Tabuk dahulu...
Mereka sedih kerana tak dapat berjuang dan berperang..

Tabuk kini...
Kita gembira kerana terlepas dari melawan musuh Islam..

Tabuk dahulu..
Ghazwah kekurangan beberapa pejuang lantaran kefakiran..

Tabuk kini..
Kita kekurangan ribuan malah jutaan pejuang kerana ke'senang'an..

Tabuk dahulu..
Hati mereka meronta untuk berjihad di kala musim panas dan buah menyapa..

Tabuk kini..
Kita selesa bersenang lenang penuh kerehatan di rumah..

Tabuk dahulu..
Tatkala seruan jihad datang,
Mereka terus keluar untuk menyahut seruan..

Tabuk kini..
Sebutlah Palestin, Afghanistan. .
Sungguh, kita diwarnai dengan terlalu sedikit kepedulian..

seterusnya baca di SINI

Ahad, 27 November 2011

Open Your Eyes...

Bila dapat tahu dari YDP - Rusli Hashim tentang adanya video klip yang sudah diedit oleh saudara Hishamudin Alham; segera saya cari dan muatnaik ke sini untuk tatapan semua.

Rasanya tak mengapa walaupun diletak IKRAM sebagai hakmilik demi untuk kepentingan dakwah bersama. Hayatilah keindahan klip video ini berlatarbelakangkan suara lunak Maher Zain!

Rabu, 23 November 2011

Ihtifal Tadika Amal Rintis

Laporan oleh: Umar Ismail


Sekali lagi, Tadika Amal Rintis berjaya mengadakan Hari Ihtifal sesi 2011 pada Nov 19, 2011. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran ibubapa yang memenuhi dewan Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam.

( Berita selanjutnya boleh ikuti di http://bart8921.blogspot.com )

Ahli Lembaga Pengarah di pentas


Para ibubapa dan jemputan


Sebahagian dari pelajar membuat persembahan

Isnin, 21 November 2011

Mesyuarat Perwakilan Negeri Ke 21

Alhamdulillah, MPN selamat disempurnakan sebentar tadi bertempat di USM Transkrian, Nibong Tebal. Seramai 33 orang telah hadir.

Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa JIM SESI 2011/2012 yang baru telah diputuskan sebulat suara seperti berikut;

Yang Di Pertua: Hj Taufek bin Abdul Rahman
Timb YDP: Hj Darus bin Chik ( lantikan baru )
Setiausaha: Isahak bin Ismail
Pen. S/U: Hamizat bin Ahmad
Bendahari: Mustafa bin Basri
Ketua Wanita: Lilis Surienty bin Abdul Talib

AJK:
Jamaluddin bin Abdullah
MD Roslan bin Hashim
Mohd Yusni bin Ghazali
Mohd Rizal bin Arshad

Pemeriksa Kira-Kira:
Mohd Shabri bin Abdullah
Yahya bin Jamaluddin

Pengerusi Tetap: Harryzan bin Yaakob
Timb Pengerusi Tetap: Rusli bin Hashim

Muga mereka akan melaksanakan tugasan dengan sesempurna mungkin.


YDP: Hj Mohd Taufek


TYDP: Hj Darus bin Chik ( Atan )

Jumaat, 20 Mei 2011

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang
Posted by Love Perak

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”.



Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa


Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.




Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan


Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.



3. Kebahagiaan


Anak untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan.




Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.



4. Cinta


Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.



5. Persahabatan


Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.



6. Kesihatan


Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .



7. Kejayaan


Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.



8. Bakat


Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.



9. Sikap yang baik


Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.



10. Kedamaian


Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Ahad, 27 Mac 2011

Parenting Skill

Tadika Amal Rintis bersama Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang telah berjaya mengadakan program Mesra Keluarga.

Prgram ini antara lain bertujuan untuk merapatkan ibubapa dengan para pelajar dan juga pihak pengurussan TAR disamping berkongsi maklumat mengenai TAR dan tips pendidikan awal anak-anak.



Untuk maklumat selanjutnya boleh baca di blog Omaq Otai di sini.

Rabu, 9 Mac 2011

Shahadatul-Haq IKRAMSPT 2011

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2011(Ahad) yang lepas, Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah, P.Pinang berjaya mengadakan Program Shahadatul-Haq (SH) 2011 di Sekolah Ahmadiah al-Ijtimaiyah, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam. Kedatangan seawal 8.30am oleh peserta muda seramai satu bas.

Wow!



Baca di sini untuk laporan seterusnya....

Ahad, 13 Februari 2011

Di Doakan Oleh Para Malaikat


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka

mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at

melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya! di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (S! ahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa ! Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)


artikel sumbangan: umar ismail

foto dari: jemputz