Ahad, 30 November 2008

Buku Orang Masjid Kontemporari

Assalamu`alaikum,


Ini lah buku saya yang telah diterbitkan dan diedar pada bulan Februari '08 lalu. Sebanyak 4000 naskhah telah berada di pasaran. Sedutan topik:

TOPIK 1: Dakwah, Persekitaran Dan Ummah

“` Jadi kita mestilah merasakan diri kita ini, adalah pendakwah atau Islamic Workers yang berada dalam satu wadah Islam yang mempunyai satu matlamat yang murni. Kita mestilah berperanan sebagai Penyelesai Masalah Ummah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat yang sentiasa mengharapkan bantuan.“

Informasi lanjut, layari: http://bertamadun.wordpress.com/

Rosidi Hussain
ahli JIM ke 5615

Rabu, 19 November 2008

Buku Risalah Pemimpin Ke 9 - Bakal Terbit!



Sedikit ulasan mengenai tajuk dan kulit

"Idealisme" bermaksud aktivis muda dengan idea-idea kreatif dan baru. "Kematangan" bermaksud aktivis lama yang matang dan sarat dengan pengalaman. Gabungan kedua-dua aktivis ini mampu memacu untuk mencapai agenda pejuangan.

Salaman tangan dilingkungi dengan bulatan bertone umpama medan tenaga sebagai simbolik paduan 2 akivis ini. Lagi kuat genggaman tangan, lagi kuat tenaga pacuan yang akan dihasilkan. Bulatan-bulatan kecil di bawah mewakili saf yang terusun dan teratur dalan paduan ini.

Pemilihan kod warna C60K30 (Cyan 60% dan Black 30%) sebagai asas warna latarbelakang juga sebagai simbolik gabungan di atas. Betulkah gabugan peratusan 60% orang muda + 30% orang lama atau nisbah 2:1 boleh menghasilkan pacuan yang hebat?

Ini boleh dibahaskan oleh semua ahli dan rakan JIM

petikan dari lamanweb JIM oleh:
abu hanifah

Jumaat, 7 November 2008

Makan Malam Di Sek Al Masriyah

Salam,

Semalam ana sempat menghadiri satu program anjuran pelajar asrama Sek Agama Al Masriyah,BM. Ana pergi menggantikan YDP yang tidak dapat pergi kerana ada kelas silat. Bersama ana, zaujah dan dua orang anak ana yg kecik. Turut serta ialah Eida Khairai, maman yang montel dan Rahidah, isteri YDP.

Ana rasa pelik pada mulanya sebab tidak ada siapa pun yang datang menyambut sedangkan pihak akhawat ada dan depa dipersilakan duduk. Tapi ana kantoi sorang-sorang. Macam mana nak buat ni? Mulalah perasaan tebal muka dah mai. Mula cari jalan. Panggil zaujah, 'abang balik dulu la kot" Tapi, eh! Lepas tu baru ada orang datang suruh duduk. Legaa...

Bertaaruf dengan guru besar Us Zulkamal; hebat orangnya. Ana pekenal diri. Ana ni wakil JIM. Oh..mana cikgu Rusli? Tanya dia..dia ada kelas silat kat...hebat dia...cuma ana tidak cerita dia boleh terbang atas kepala orang...yang sedang tidur je.

JIM dikenali sebagai bapa dan ibu angkat sekolah itu khususnya pihak asrama.Yang menyerlah ialah program KBM kata ust Zulkamal. Silat baru start. Dia amat senang dengan pendekatan silat cikgu Rusli ( ana goreng lagi la bab ni..goreng cantikkk punya ).Cuma halaqah pelajar dah start ke belum tidak pasti.

Yang menarik dia perkenal anak dia...yang belum kahwin lagi. Menarik ni. Anak sulong. Lelaki la. Rupanya anak dia bekas pelajar ust Khairul Anuar.

Ana dan Rahidah diantara tetamu yg dipanggil mengambil cenderahati. Insyaallah cenderahati itu akan di gantung kat PKJ.

ok panjang menulis ni..


- hj atan
tydp

Rabu, 5 November 2008

Kelas Silat Di Sek Masriyah

Syukur lantaran usaha untuk melebarkan usaha dakwah ke dalam masyarakat dengan mengambil kesempatan melalui keperlbagaian wadah telah dapat direalisasikan melalui usaha JK Remaja dibawah tanggungjawap Rahimie Che Yen.

Menurut Rahimie kelas seni mempertahankan diri ini akan diadakan pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Sek Agama Al Masriyah. Buat masa ini terdapat 25 orang pelajar melibatkan diri dimana 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Mereka amat beruntung kerana mendapat ilmu persilatan ini terus dari cikgu Rusli Hashim dan cikgu Rahidah Saad.

Semuga kelas ini akan berterusan dan pesilat-pesilat ini pula akan menggunakan ilmu seni mempertahankan diri untuk kebaikan agama dan masyarakat.

Harapan dari seluruh warga JIM Seberang Perai Tengah agar JKuasa Remaja dan jurulatih dari PSSPGM ini akan berusaha menerapkan seni budaya turun temurun ini dengan sebaiknya disamping menyelitkan unsur-unsur tarbiyah islami kepada anak-anak remaja yang masih bersih dan hijau ini.








- rahimie che yen
jk remaja/belia/rekreasi