Rabu, 13 Januari 2010

Sumbangan Persekolahan

catatan: ahmad baharuddin / jk kebajikan

Tabung sumbangan persekolahan telah usai diagih-agihkan kepada keluarga JIM yang memerlukan. Agihan telah selamat disempurnakan oleh TYDP JIMSPT, Utz. Rozee bersama dengan Ketua Wanita JIMSPT, Puan Eida Khairani pada 29/12/2009 di Pusat Komuniti JIM jam 5:30ptg.

Seramai lima keluarga JIMSPT yang memohon sumbangan dari tabung yang telah diperuntukan untuk tahun 2010 ini. Ini sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka bila sessi persekolahan bermula.

Semuga bantuan sebegini akan berterusan dari masa kesemasa. Moga-moga amalan sekecil ini diterima disisi Allah S.W.T.

1 ulasan:

hentian berkata...

Muga semakin murah rezeki TAR. Boleh sumbang lebih banyak lagi.

Khabarnya sedang buka TAR ke 3?