Selasa, 16 Disember 2008

Catatan Rehlah Keluarga JIM SPT

Sabtu: 13 Disember 2008

Selepas bersama meraikan kenduri kahwin anakanda Hj Rashid dan Kak Zah, warga JIM SPT bergegas ke program "Rehlah Keluarga JIM SPT" di Sedim Eco Theme Park Resort.

Program bermula sejak jam 3.00 pm hingga 5.00 pm, lapor diri, mandi manda dan persiapan BBQ. Maghrib berjemaah diimamkan oleh Hj Isa dan Tazkirah Perdana oleh Hj Atan dengan pengisian mengenai perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah saw, seperti Muaz Al Jabar & Umar Al Khatab. Siap dengan tangkap syahdu apabila menceritakan perihal Umar pada zaman jahiliahnya.


Generasi Z dengan bermain air.

Isyak berjemaah diimamkan oleh sdr Zulkar9. Kemudian kami berbincang mengenai ulasan Ucapan Dasar Ketua Wanita dan Presiden JIM yang dibentangkan oleh Hjjh Zabedah dan YDP Rusli Hasim.

Penutupnya pula Ustazah Saliza & sdr Harryzan memberi penyampaian mengenai HPA plan dan info terkini. Semua penyampaian pada malam itu menggunakan projektor & komputer riba. Alat siaraya JIM SPT dibawa khas dari Pusat Komuniti JIM ( PKJ ). Tamat kurang lebih jam 11.59 pm.


Generasi Y

4.30 am hari Ahad 14 Dis 2008 dimulakan dengan qiam di kediaman masing-masing. Sebuah bungalo untuk akhawat dan anak-anak. Dua buah rumah berkembar untuk ikhwah, remaja dan aulad yang lain. Subuh diimamkan oleh Ust Hj Rozee dan sedikit info mengenai "yoga".

Terus dengan sesi taaruf generasi Y & Z. Anak-anak ini telah diberi peluang bercakap meperkenalkan diri, ibu bapa & cita-cita mereka.


Generasi Baby Boomer, X, Y & Z

Senaman pagi dibawa oleh sdr Ahmad Baharuddin. Selepas sarapan sesi PATT bermula dengan aktiviti air dan sebagainya. Rata-rata program ini memang best. Tempat best, BBQ best, Tazkirah best, mandi best dan penganjuran pun best.

Jzkk kepada Kak Mon dan akhi Zulkar9 penganjuran program ini dan juga akhawat yang menyediakan makanan.


Perbincangan ulasan Ucapan Dasar

Lepas itu pergi kenduri adik Rahimie Che Yen pula di Penaga.


Catatan oleh: Rsli hashim ( YDP )

Tiada ulasan: