Ahad, 4 Januari 2009

Produk Halal, Sikap Kita Bagaimana?

Salam.

Yang pastinya kebanyakkan ubat gigi syarikat non-muslim mengandungi DCP. Syarikat Gergasi dunia pula adalah bapanya dan Yahudi Amerika adalah datuknya. Sumber DCP adalah daripada serbuk tulang.

Di Malaysia, tidak ada pengeluar serbuk tulang halal. Pengeluar terdekat adalah di negara Thailand dan China. Selain kekhuatiran halalnya sembelihan binatang dimana tulang itu diambil, lain-lain kekhuatiran ialah tentang serbuk tulang yang mudah didapati dari Thailand & China berkemungkinan dari tulang babi. Ini juga amat dibimbangi oleh umat Islam yang prihatin. Di sini timbulnya isu syubhah. Justeru, jalan yang selamat ialah dengan menggunakan barangan buatan 100% ummat Islam sendiri.

Membeli barangan ummat Islam dikira Ibadah. Ubat gigi 100% buatan ummat Islam di Malaysia setakat ini dipelopori oleh syarikat Halal Gel & HPA. Tetapi masih ramai lagi ummat Islam yang membeli produk dari syarikat orang bukan Islam. Bukan kerana tidak ada izzah kepada barangan buatan ummat Islam tetapi mereka sebenarnya terpengaruh dengan logo halal Jakim yang diuar-uarkan.

Ekonomi non-Muslim terus dibantu sedangkan ekonomi ummat Islam dan juga konsep halallan toyyibanya terus terpinggir.

Di Malaysia tidak ada akta halal yang boleh menjaga halal orang Islam. Logo halal selain lemah penguatkuasaannya, sering diambil kesempatan untuk digunakan sebagai daya penarik pembeli ummat Islam. Syarikat non-muslim juga mempunyai kecenderungan mengelirukan pasaran orang Islam dengan mengeluarkan jenama yang berperwatakan 'Islam'. Contohnya Safi, Syurah dan Mukmin. Sedangkan semua jenama ini adalah dikeluarkan oleh syarikat milik bukan Islam.

Timbul tanda tanya, kenapa wajah-wajah Islam ini digunakan?

Majoriti pengguna Islam masih ramai percaya kepada jenama untuk keyakinan kehalallannya. Di sini secara sinis pengguna Islam terus tertipu. Akbar Metro sering melaporkan penyalahgunaan logo halal Jakim.

Jangan biarkan Halal dan Haram makanan kita ditentukan oleh orang bukan Islam. Bagaimana mereka akan menjaga halalnya makanan kita sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada Allah dan Rasul? Kitalah yang sepatutnya menjaga halalnya makanan kita.


'Product Muslem First, Non Muslem Product Last'

- Harryzan Yaakub

Tiada ulasan: