Rabu, 30 Disember 2009

Leave On Time


"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the Air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.

But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit – are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

“WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME.
GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.”

by Bryan Dyson

Rabu, 23 Disember 2009

Ziarah Rusli Rashid

Pada hari ahad 20/12/2009 jam 6:00pm ana, isteri, Azua (Generasi Y), Syafiqah (Anak), Rahidah (isteri Rusli Hashim) dan Nor Saadah (anak Rusli Hashim) telah menziarahi akhi Rusli Rashid dirumahnya. Alhamdullillah sesampai kami di rumah beliau, ahki sedang berihat setelah penat berjalan-jalan di persekitaran luar rumah dengan bantuan alat berjalan (kaki tiga). Ketika itu isterinya tidak ada di rumah kerana ada urusan di Sekolah Islah .

Tidak beberapa lama kemudian fauziah (Isteri Aki) pun pulang. Kami disaji dengan air segera, sambil kami bertanya khabar dan harapan sembuh penyakit beliau itu. Kami lihat banyak ubat ubatan yang dimakan oleh Rusli, maklumlah nak cepat sembuh.

Akhi kata sekarang ini cuma perimbangan badan dia yang tidak dapat di control ketika dia berjalan, kaadaan kaki kebas masih terasa dan pening kepala ketika berbaring apabila cahaya menyucuk kemata, jadi kena pakai cermin mata hitam atau pejamkan mata ketika berbaring.

Alhamdullilah kerusi roda telah selamat diserahkan kepada Akhi Rusli dan kami sempat bergambar beramai ramai ketika penyerahan kerusi roda tersebut.

Kami beredar kira kira jam 7:15pm meninggalkan harapan dan doa buat Aki Rusli Rashid agar sabar dengan cubaan dan dugaan juga agar cepat sembuh.


Catatan: Ahmad Baharuddin / JK Kebajikan

Selasa, 22 Disember 2009

Perutusan Maal Hijrah 1431


Alhamdulillah. Barakallah ikhwah, akhawat serta keluarga yang dikasihi sekelian. Dengan masuknya kita ke tahun 1431H bertambahlah umur kita dan yang pasti kian rapat kita dengan kematian. Semoga di tahun baru ini kita akan meneruskan lagi usaha-usaha dakwah, kebajikan dan tarbiah ini dengan pecutan yang berganda. Walaupun ada pendapat ulama yang kurang bersetuju dengan sambutan sebegini namun dengan mengambil faedah hasil kerjasama berjemaah kita raikan juga sambutan sebegini dengan kadar yang sesuai dengannya.

Nabi Muhammad saw tiada mempraktikan sambutan sebegini namun bukan itu yang hendak dipertikaikan. Ulama dahulu dan kini telah membincangkannya dengan terperinci , rujuk sahaja jika kita berminat.

Adakanlah majlis-majlis doa di akhir dan awal tahun mudah-mudah lembut hati kita ini dan sedar kita akan kehadiran tarikh yang besar ini. Teruskan berdoa di hari-hari yang mendatang agar kita tidak terputus daripada pengharapkan kepada Allah SWT.

Syabas kepada ahli kita di Surau Bukit MinNurul Insaffiah Taman Sentul Jaya, Juru, kerana berjaya mengada Majlis Sambutan Maaal Hijrah dan Qiamulai pada 17 Disember 2009.

Amal yang berterusan walaupun sedikit. Bersyukur dengan dengan apa yang ada. Cerdik dan bijak menangani semua keadaan semampu boleh. Ini formula "ABC" mudah diingati. Bukannya "Air Batu Campur" tetapi istiqamah beramal sambil mensyukur segalanya dan terus tanggani sebarang ketentuan dengan tindakan-tindakan cerdik dan bijaksana. Semoga formula "ABC" dapat membantu kita menambah kekuatan dalaman dan luaran kita.

Wassalam.

Khabar Ahli

Sendi bahu kiri ustaz masih kesakitan pada ketika diziarahi oleh Rusli Hashim YDP JIM SPT dan isteri Rahidah Saad JK Tugas-tugas Khas pada malam 1 Muharram 1431 H itu.

Untuk makluman semua, Ust Rozee Abd Razak TYDP JIM SPT yangg terlibat dalam kemalangan jalanraya pada hari terakhir tahun 1430H; tidak mengalami kecederaan yg serius berdasarkan keputusan X-ray yang beliau buat di Hospital Bukit Mertajam pada hari Ahad (20-Dis-2009).
Pada hari kejadian, Ustaz terbatas daripada motosikal dan bahu kiri beliau terhentak menyebabkan ustaz tak boleh mengangkat tangan kiri dan mengadu sakit dada semasa batuk.

Namun begitu, ustaz masih lagi berehat di rumah beliau di Taman Koperasi Guru, kalau ada kelapangan antum boleh lah menziarahi beliau, bawak la sup yg panas2 ker…cicah dgn roti “benggali”.

Salam…………….Zulkarnain Ahmad

Ahad, 20 Disember 2009

Tentang PATT

PATT adalah salah satu dari program tulang belakang JIM SPT. Ia adalah satu program mingguan yang bertahan hingga kini. Walaupun ada daerah lain ingin mencontohi program seperti ini namun masih tidak mampu untuk konsisten dan memberi impak seperti PATT.

Secara dasarnya konsep PATT atau Pagi Ahad Tidak Tidur ini adalah;

1. Riadah
2. Kekeluargaan
3. Bincang-bincang
4. Santai
5. Lokasi yang berbeza
6. Masa yang bebas ( pagi, tengahari atau petang )
7. Makan bersama

PATT di urus oleh seorang pengurus dan diletakkan di bawah Biro Kebajikan. Panggilan program dibuat melalui SMS. Sekiranya tidak ada aktiviti khusus seperti gotong royong di Tadika Amal, Raudhatus Sakinah, latihan KEMUDI atau sumbangan kerusi roda maka berjogging di pusat rekreasi diadakan. Selalunya di Empangan Mengkuang atau Bukit To' Kun.

Di bawah adalah beberapa bacaan dan tatapan tentang PATT. Muga bermanafaat!

1. Catatan blogger: HabunaTrading
2. Catatan blogger: Jendela Hatiku

Rabu, 16 Disember 2009

40 Point HAND BOOK - 2010 for you & family

HEALTH

1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.

5. Make time to pray.

6. Play more games.

7.. Read more books than you did in 2008.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

9. Sleep for 7 hours.

10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile. Personality:

11. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don't over do. Keep your limits.

14. Don't take yourself so seriously. No one else does.

15. Don't waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake.

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

20. Make peace with your past so it won't spoil the present. 21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn.

23. Smile and laugh more.

24. You don't have to win every argument. Agree to disagree. Society:

25. Call your family often.

26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

29.. Try to make at least three people smile each day.

30. What other people think of you is none of your business.

31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life:


32. Do the right thing!

33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

34. GOD heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come. for it.

39. Dicipline

Sabtu, 12 Disember 2009

Mengejar Zamzam Kehidupan

Bagi setiap penderitaan ada rahsia dan hikmatnya. Ketika saya menyampaikan motivasi di Radio Malaysia Pulau Pinang, ketika tiba musim haji, saya akan ingatkan umat Islam tentang satu kisah yang melambangkan kecekalan yang unggul. Kisahnya berkaitan dengan seorang srikandi umat yang bernama Siti Hajar.

Oleh kerana nabi Ibrahim terpaksa melaksanakan perintah Allah, Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan di satu kawasan yang kering kontang yang dikenali pada hari ini dengan nama Mekah. Bayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi beliau ketika itu. Namun Siti Hajar tidak mengeluh dan menyalahkan nasib serta takdir. Beliau bangun dan berlari-lari antara Safa dan Marwah untuk mendapatkan makanan dan pertolongan namun usaha itu tidak mendatangkan sebarang hasil. Akhirnya datanglah pertolongan daripada Allah.

Dari celah bumi yang kering kontang itu terbitlah air yang mengalir hinggalah ke hari ini. Air itu ialah air zamzam. Ia mengalir dengan penuh keberkatan sehingga kawasan yang tandus tanpa penghuni itu bertukar menjadi satu kawasan yang subur yang menjadi tumpuan manusia. Semua ini terhasil berkat kesabaran dan kecekalan Siti Hajar. Dan begitulah sikap orang-orang yang berjaya. Mereka bangun untuk berusaha. Ketika diuji mereka tidak suka mengeluh dan menyalahkan orang lain. Mereka yakin dengan bantuan Allah dan mereka sedar bantuan itu akan datang selepas mereka berusaha dengan penuh kesabaran. Jika mereka tidak berjaya di Safa, mereka akan mencuba pula di Marwah sehingga Allah menganugerahkan pertolongan dan kejayaan dari sisiNya. Memang benar, sikap positif Siti Hajar ini perlu kita contohi jika kita ingin mencapai zamzam kejayaan seperti beliau.

Pada hari ini apabila umat Islam melakukan sai dari Safa ke Marwah di musim haji, mereka sebenarnya sedang diingatkan tentang pengorbanan dan kecekalan Siti Hajar ini. Berhubung dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan pandangan sahabat Abdullah ibn Abbas yang berkata, "(Amalan sai dari Safa ke Marwah) pada asalnya dikaitkan dengan kejadian yang berlaku ke atas Siti Hajar. Ketika mencari air untuk anaknya, beliau telah berlari berulang alik dari Safa ke Marwah dengan hati yang tunduk, khusyuk serta mengharapkan rahmat Ilahi. Akhirnya Allah menganugerahkan air zamzam sebagai makanan dan minuman malah sebagai ubatan kepada beliau."


(sumber dari - http://mindasuper.com)

Rabu, 9 Disember 2009

Rahsia Khusyu'

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Isnin, 7 Disember 2009

Perhimpunan Persidangan Nasional JIM 2009

KUALA KANGSAR, 5 Disember - Usaha untuk mewujudkan kesatuan bukanlah sesuatu yang mudah; menjaga kesatuan pula lebih susah. Demikian antara intipati Ucapan Dasar Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pada Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) pertubuhan itu di sini pagi tadi. Perhimpunan kali ini membawa tema 'Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah'.

Melalui pendekatan 'lain daripada biasa', Zaid mengajak lebih kurang 600 ahli JIM melayari kembara diri, merungkai persoalan 'siapa kita dahulu dan sekarang, hubungan kita dengan mereka dan di mana kedudukan kita', merujuk kepada ahli-ahli JIM sendiri.

Dr Harlina (kedua dari kanan) telah bertukar jawatan dari Ketua Wanita kepada Naib Presiden.


Berita lanjut dalam http://www.malaysiaharmoni.com

Jumaat, 4 Disember 2009

Program JIM Terbaru

Esok, 2 program JIM akan berlansung.

1.
Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional ( PPWN ) dan Perhimpunan Perwakilan Nasional ( PPN )

Tempat: Kuala Kangsar, Perak.
Tarikh: 4 hingga 6 Disember 2009

JIM Seberang Perai Tengah akan diwakili oleh:

Perwakilan PPN
1. Rusli Hashim
2. Harryzan Yaakub
3. Ustazah Saliza Zainol
4. Eida Khairani Elias

Perwakilan PPWN
1.Eida Khairani Elias
2.Salmah Jaffar
3.Ustazah Haslinda

Perhimpunan ini akan menghimpunan seluruh perwakilan JIM dari seluruh Negara untuk berbincang dan memeta halatuju JIM peringkat nasional.

Untuk lebih lanjut boleh layari lamanweb PPN di:

http://ppn.jim. org.my/2009/

2.
Sukan Remaja JIM ( SURE ) 2009
Tarikh : 5 Disember 2009 (SABTU)
Tempat : Kompleks Rakan MUda, Jawi, Seberang Perai Selatan
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg

Kesemua Kelab remaja JIM dari seluruh negara akan berentap untuk menjadi juara.

Khamis, 3 Disember 2009

Program Daurah Remaja & IPT oleh JIM P.Pinang

Satu lagi program untuk remaja di musim cuti sekolah ini.

Tema : Berilmu untuk Beramal

Tempat : Pusat Kokurikulum, Bukit Mertajam, pendaftaran 9:00 pagi

Peserta : 16-20 tahun , Yang berminat mendalami Islam

Tarikh : 11-17 Disember 2009 (7 hari 6 malam) Jumaat-Khamis.

Yuran: RM80 sahaja


Pengisian:

Pengisian Utama, dari modul tarbiah JIM versi 2008:
Hari pertama : Review buku apa ertinya saya menganut Islam, ustaz fathi Yakan
Hari kedua : Review buku : Asas-asas Islam - Maududi
Hari ketiga : Review buku : Risalah Usrah Jilid 4 - kepentingan tarbiyah
Hari keempat : Review buku Kitab Tauhid - Zindani Jilid 1 Fasa 8
hari kelima : Review buku : Kitab Al Tauhid Zindani Jilid 2 Mukaddimah, Fasal 17
hari keenam : Review buku : Kitab Al Tauhid Zindani Jilid 3 Mukaddimah fasal 6

Cadangan jadual pengisian harian:

5:00 pagi - siapan diri, membaca alquran, solat witir dan al maksurat
Solat subuh
Tazkirah - ruhi (dari alquran/hadis)
solat isyrak
sarapan
8-12tengahari review1
(termasuk break dhuha dan minum)

sedia makan tengahari
makan, rehat dan solat

2:00 petang
Latihan kemahiran seperti:
menjahit, membuat kueh, membaiki paip, servis kereta, servis komputer
Solat
5:00-6:00ptg review2

Rehat, riadah, siapan diri, makan malam

7:00 malam
Persediaan solat maghrib, tilawah, panduan tajweed dan hafazan
Solat isyak
Rehat, minum

9:00-11 malam -Slot nasyid, malam review3, Ujian kefahaman.

Khamis, 26 November 2009

Pentingnya Perbandingan Agama

Jika ada kelapangan jangan lupa hadir ke program ini demi menambah pengetahuan anda!


Rabu, 25 November 2009

KL- Ipoh 1 jam 55 minit



SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).


REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.

Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.


AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.

Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.

"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.


GAMBAR ilustrasi menunjukkan rekaan dalaman ETS yang mesra pengguna termasuk golongan kurang upaya.

"Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya.

Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB.

"Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

Isnin, 19 Oktober 2009

Tahniah AJK JIM Negeri Pulau Pinang yang Baru

Tahniah YDP JIM PP sesi 2009~2011 Tn Hj Mohd Taufek B Hj Abdul Rahman orang lama JIM sejak pra penubuhannya lagi.

Salam. Alhamdulliah. MPN JIM P.Pinang ke-29 (2009) telah selesai disempurnakan. Ucapan setinggi terima kasih kepada Prof Madya Dr Harlina Ketua Wanita JIM Pusat yang telah menyampai ucapan perasmian yang cukup memberi kesan kepada jiwa kami untuk terus beristiqamah dengan medan dakwah ini. MPN kali ini bukan sahaja diselitkan dengan nyanyian lagu JIM, tetapi dipermantapkan dengan nyanyian lagu Bingkisan Kehidupan bagi menaikkan lagi semangat perjuangan ini.

Berikut adalah barisan AJK JIM P.Pinang untuk penggal 2009-2011:
YDP - Hj Mohd Taufek Abd Rahman
TYDP - Mustafa Basri
Setiausaha - Isahak Ismail
Bendahari - Ir Hj Abdullah Shabri
Penolong Setiausaha - Hamizat Ahmad

AJK -
Ir Hj Jamaluddin Abdullah
Hjh Nor Azizah Harun
Yusni Ghazali
Dr Mohd Rizal Arshad
Dr Roslan Hashim
Shahidan Said
Hj Abdul Latif Muhamad
Mohd Ikhwan Che Mansor

Pengerusi Tetap - Harryzan Yaacob
Timbalan Pengerusi Tetap - Rusli Hashim
Pemeriksa Kira-kira - Hj Yahya Jamaluddin & Hjh Umi Kalsum Yusuf

Perwakilan dari daerah JIM SPT ; dari kiri, Cigu Rusli, Hj Atan, Zulkarnain & Ust Zulkifli.


Sedutan dari e-mail : Isahak Ismail S/U JIM Pulau Pinang

Jumaat, 18 September 2009

Perutusan YDP Sempena Menyambut Pemergian Ramadhan dan Ketibaan Aidil Fitri

YDP JIM SPT Cikgu Rusli Hashim dua dari kanan bersama YDP JIM PP Ir Hj Jamaluddin dan AJK JIM Negeri menyambut Hari Raya Dengan Baraan Syawal JIM Negeri Pulau Pinang.
Alhamdulillahi Rabbil Alaamin. Selawat dan salam atas junjungan Besar s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekaliannya.

Ikhwah dan akhawat sekalian. Bersyukur kepada Ilahi atas limpah rahmatNya kita telah menikmati curahan berkat dan rahmat sepanjang sebulan Ramadhan. Sudah pasti ikhwah dan akhawat sekalian sedang istabiqul khairaat di 10 malam terakhir ini. Samada Lailatul Qadr telah datang atau tidak, yang penting kita terus menghambakan diri kita bukan sahaja di akhir-akhir Ramadhan, malahan hari-hari yang mendatang. Kerana kita bukan `Ibaadur Ramadhan tetapi `Ibaadur Rahmaan.

Mudah-mudahan tarbiah Ramadhan kali ini melonjakkan iman dan taqwa kita yang kita terjemahkan dengan; 1) amal-amal soleh di medan pemantauan MAFREL dan kempen PRK Permatang Pasir. 2) Kita imarahkan Ramadhan dan iktikaf di surau dan masjid setiap malam. 3) Meng'ihya'kan Ramadhan bersama keluarga di rumah, kurang menonton TV, banyak membaca Quran. 4) Insaf dengan keperitan orang Islam yang miskin melalui program sumbangan wang ringgit kepada masyarakat 5) Mengorbankan perbelanjaan raya untuk di infaqkan kepada sahabat-sahabat ahli jamaah kita yang ditimpa musibah 6) Menyerlahkan akhlaq murni dan dakwah di medan sosio-politik mutakhir ini bersama parti-parti politik dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang.

Jangan dilupai ziarahilah ulama-ulama semoga keberkatannya boleh kita tumpang bersama.

Mudah-mudahan amal-amal ini melepasi malaikat yang menjaga langit ke tujuh iaitu hanya amal-amal yang ikhlas sahaja yang diterima oleh Allah taala. Sudah pasti kita menyesal kerana amal-amal ini dirasakan patut boleh buat lebih lagi dan berkualiti lagi.

Ikhawah dan akhawat yang dikasihi. Sudah tentu banyak perancangan dibuat sempena menyambut Hari Raya. Di akhir Ramadhan ini, saya berpesan kepada diri saya dan ikhwah akhawat supaya bangun malam pada malam 1 Syawal. Mohonlah agar Allah beri hidayah untuk kita besatu kembali, kekuatan 'izzah dan fizikal untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Berterusan taqwa kita dan semakin rapat kita dengan al Quran.

Awasi anak-anak, jangan terlampau membudayakan perkara-perkara yang sia-sia.

Bagi ikhwah sekeluarga yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Kadang-kadang kita mengamalkan memandu berhemah (defensive driving) , tetapi kecuaian pengguna lain inilah yang mengancam kita. Pastikan kita bukan ancaman di jalanraya dan tidak menjadi statistik kemalangan jalanraya tahun ini.

Berpada-pada dengan budaya hedonisme semasa menyambut hari lebaran. Banyakkan kunjung mengunjungi, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan. Ambil peluang tingkatkan PR dengan masyarakat. Sambil menikmati juadah hari raya berjaga-jagalah terutama yang ada rekod kesihatan yang tidak ceria. Jangan lupa kalau ada rumah terbuka jemput-jemputlah sahabatsahabat. Kalau tak banyak, jamuan sederhana pun sahabat-sahabat tak kisah.

Akhir sekali, sebagai YDP saya memohon ampun dan maaf atas kekasaran saya berbahasa, kelalaian dalam hal ehwal kebajikan sahabat, ketidakhadiran saya ke program dan ke'bisu'an saya dalam hal-hal yang remeh.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Taqobballahu minna wa minkum. Taqobbal ya kareem.

Ikhlas dari : Ij Hj Jamaluddin Abdullah

Syawal 1430

Isnin, 7 September 2009

Iftar Bersama Ulama' Anjuran STAIL & SMART

JIM SPT bersama adik-adik JMTI turut serta meraikan Majlis Iftar bersama ulama anjuran STAIL dan SMART.

6 September 2009 Majlis Iftar Perdana Bersama Ulama, bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang: "Usaha guru yang tekun, sokongan ibu-bapa, PIBG yang padu dan berterusan, ikhlas semua pihak, adalah pra-syarat 'kejayaan' sesebuah sekolah swasta di arus pembangunan masa kini. Hasilnya berbaloi apabila melihat anak-anak didik sekolah-sekolah ini menjadi hufaz al-quran, pensyarah, dan pelbagai bidang profesional yang lain. Terasa penat lelah selama ini terbalas."

Ustaz Alias Osman seorang tokoh ulama JIM sedikit berusia tetapi tetap gigih menyampaikan Tazkirah Perdana. Terlibat aktif sejak penubuhan JIM dan rangkaian sekolah-sekolah JIM.

Itulah ungkapan seorang pejuang pendidikan seumur hayat, Ust Alias Osman, penasihat penubuhan rangkaian sekolah-sekolah Islam swasta Al-Amin/Al-Hira' di Majlis Berbuka Puasa anjuran Sek Tahfiz Al-Islah, Tok Bedu, Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Wanita JIM SPT juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada majlis ini. Di bulan Ramadhan Al Mubarak kena banyak infaq dan sedekah.

Pemanduan falsafah dan kurikulum pendidikan di peringkat awal adalah paling utama untuk mempastikan objektif pendidikan melahirkan insan pemimpin dakwah, islah dan gerakan Islam dalam membawa risalah dan syariah Islam dari Tuhan untuk manfaat seluruh manusia dan alam. Urusan pengoperasian lainnya akan terarah pada falsafah yang diwujud dan disepakati.Cabaran tetap ada seperti guru-guru yang meninggalkan sekolah setelah sekian lama berkhidmat dengan sekolah, prasarana yang dhaif di peringkat awal. Semua ini diharungi dengan tabah dan tawakal kepada Allah.

Kejayaan demi kejayaan dicapai masa kini. Sekolah rangkaian yang mampu meraih pelbagai kejayaan seperti menjuarai debat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan, anak-anak yang bijak dalam pertandingan "Spell-It-Right" dan sebagainya.

Keluarga peguam Harryzan Yaacob dan Ustazah Saliza bergaya dengan pakaian seragam mereka. Tuan Hj Atan agak ingin bertanya, "Baju Raya ka Zan, hampa beli kat mana?"

Apapun faktor kejayaan dan kecemerlangan institusi pendidikan adalah kekuatan guru-muallim- muallimah disokong dan dibantu kuat oleh pengurusan pentadbiran lembaga dan pibg. Tidak ada jalan pintas. "Rule of Thumb" adalah mana-mana sekolah yang merosot prestasinya adalah disebabkan faktor-faktor di atas yang menurun.

Dilaporkan oleh:
Hj Mohd Rashid Hasnor

Selasa, 1 September 2009

Isu Kartika

Wanita telah maju ke hadapan dan bukan lagi terpinggir di dapur semata-mata. Gambar di atas adalah salah satu slot Seminar Menanggani Isu Wanita Islam 2009 yang dianjurkan olej WJIM Pulau Pinang.

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)28 Ogos 2009 ( 8 Ramadhan 1430H)

ISU KARTIKA
- Tangani dengan objektif dan rasional Di awal bulan mulia Ramadhan dan di ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52, Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Menurut perkembangan terkini, hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, atas desakan dan tekanan yang diterima.

Wanita JIM berpandangan perlunya isu ini dilihat dan dinilai dengan penuh objektif dan rasional, tidak semata-mata penuh emosi dan sensasi. Beberapa persoalan penting yang timbul berikutan polemik ini memerlukan jawapan tepat dan tindakan segera agar isu ini dapat selesai dengan cara terbaik, tanpa menggadaikan kredibiliti dan mengaibkan sesiapapun, khususnya institusi kehakiman syariah yang memayungi kehidupan umat Islam di Malaysia selama ini, juga tidak Kartika Sari Dewi dan keluarganya.

Dr Lilis bertudung cerah bersama sebagai panel membincangkan isu-isuWanita dan Syariah.

Isu hukuman sebat Kartika menimbulkan banyak persoalan, antaranya :

1. Sejauhmanakah sebenarnya tahap kesungguhan dan kesediaan umat Islam di Malaysia , struktur sistem pentadbiran dan kepimpinan negara yang ditunjangi oleh orang Islam dalam mempraktikkan ajaran Islam yang syumul dan menjanjikan kesejahteraan yang hakiki? Apabila mahkamah syariah di sebuah negeri menghukum dengan peruntukan enakmen yang diluluskan melalui prosedur yang betul, mengapa begitu ramai yang mempersoalkan keadilan dan kebijaksanaan keputusan tersebut? Bukankah itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah? Bagaimanakah pula caranya kejahilan dan kekeliruan umat Islam ini boleh diatasi – sehingga dibimbangi akidah dan keyakinan mereka begitu mudah terhakis dan tergugat, mengambil pendirian lebih berdasarkan emosi dan bukan berasaskan fakta dan sumber ilmu yang sahih?

2. Bagaimanakah boleh terjadi ketidakseragaman sistem, di mana apabila hukuman telah dijatuhkan oleh pihak penghakiman berdasarkan bukti dan hujah pihak pendakwaan, pihak pelaksana pula yang belum bersedia untuk melaksanakan hukuman tersebut kepada sipesalah? Di manakah silap dan salahnya, sehingga jelas sungguh ketempangan dan kekurangan yang ada dalam sistem kehakiman syariah di negara ini? Sampai bilakah harus berlaku perkara yang boleh memalukan institusi Islam khususnya dan umat Islam amnya?

3. Sampai bilakah agaknya, umat Islam di Malaysia terhalang dari menjalani kehidupan beragama sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela diadili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi? Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?

Wanita JIM menuntut jawapan yang tegas dan tindakan susulan yang segera bagi semua soalan-soalan di atas. Selagi mana tiada usaha merungkai persoalan asas tersebut, umat Islam di Malaysia akan terus menerus diselubungi kemelut kekeliruan dan kejahilan yang semakin menebal dan merugikan.

Walaupun besar peranan mereka di dalam masyarakat namun kebajikan anak-anak tetap menjadi agendam mereka.

Wanita JIM mendesak agar semua pihak yang `menangguk di air keruh’, menggunakan kemelut isu hukuman sebat Kartika ini sebagai satu lagi `bukti’ ketidakadilan syariah Islam yang dianggap sentiasa menindas wanita, memberhentikan segera tindakan tersebut. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut sepenuh komitmen dan kebijaksanaan yang sewajarnya dari pihak kehakiman syariah di Malaysia agar segera melipatgandakan usaha meningkatkan kredibiliti institusi tersebut demi menjaga maruah dan nama baik Islam di mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

Untuk Kartika Sari Dewi dan keluarganya, Wanita JIM mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan sokongan untuk beliau menghayati kehidupan Islam yang sejahtera. Segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan

Semoga kemelut isu Kartika juga menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita PusatPertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ramadhan Al mubarak 3


Tuan Hj Nahar SUA JIM turut membantu bersama di dalam program HAri Keluarga JIM Pulau Pinang.
Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia).
Hadis Riwayat : Al Bukhari


Walaupun berpuasa ianya tidak menghalang kita berinteraksi satu sama lain. Bekerjalah seperti biasa dan bergaullah seperti biasa. Jangan pada bulan ini kita banyakan rehat tetapi banyakanlah beribadah. Rugi jika terlepas, tahun hadapan belum tentu dapat bersama Ramadhan lagi.
Jangan ltinggal bersahur kerana dalam bersahur ada keberkatan.

Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan AL Mubarak 2

Ya Allah samapaikan hajatku untuk pergi dan menuaikan haji di Baitullah. Semoga Kau permudahkan aku untuk berusaha kepadanya.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keridhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
(Hadis riwayat Bukhari)

Barakallah. Beruntunglah mereka yan benar-benar berpuasa, puasa perut, puasa mulut dan perkara-perkara yang membatalkannya. Ditambahkan dengan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu), solat sunat dhuha dan solat sunat tarawikh.

Banyakan menyumbang dan bersedekah mudah-mudahan Allah SWT memberkati kita semua. Mengurus sumbangan bagi pihak tertentu, sama-sama mendapat ganjarannya insyaAllah.

Membaca Al Quran dan bersedekah merupakan amalan terpuji. Nah ! minggu ini musim kita mendapat ‘gaji’ pastikan pertamanya jangan lupa asingkan untuk zakat fitrah dahulu dan kemudian sedikit sumbangan untuk kita bersedekah. Sedikit pun bagus jika banyak lagi bagus namun pastikan telah beres perkara-perkara wajib seperti hutang-piutang dan sebagainya.

Semoga beroleh ganjaran berganda yang Allah SWT janjikan kepada orang-orang yang berpuasa. Selamat mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Selasa, 25 Ogos 2009

Ramadhan Al Mubarak 1



AJK JIM SPT kiri dari bawah Hj Atan TYDP, Rahime Belia Remaja & Rekreasi, Zulkarnain IPT & ICT dan atas dari kiri Rusli YDP, Ust Rozee Ulamak & DMM. Ahmad Kebajikan & Muaz ahli KRJ. Mereka di antara tulang belakan JIM SPT.


Wajibnya Puasa Ramadhan Dan Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

Puasa ini telah menjadi amalan mereka yang terdahulu dari kita. Agama-agama lain pun mengamalkan berpuasa. Cuma puasa mereka berbeza dari puasa umat Islam. Salah satu perkara penting yang perlu diingati ialah bersahut. Amalan bersahur adalah diantara perbezaan puasa jika dibandingkan dengan agama lain. Bersahur adalah sunnah, ianya mendapat pahala dan keberkatan. Seboleh-bolehnya jangan tinggalkan bersahur ini. Paling tidak minumlah setegok air atau makanlah sebitir kurma.

Mari kita pasang niat tidak akan abaikan bersahur ini.

Ahad, 23 Ogos 2009

"Aku tak nak duduk diam"

Diantara latihan di Pusat Operasi MAFREL ialah cara-cara mencuci tangan dengan betul. Maklumlah ramai orang yang bakal kami berinteraksi dan bersalaman. Ada tujuh langkah yang patut diikuti. Kami import pakar khas dari Hospital BM.

N11 DUN kawasan Pematang Pasir menjadi tumpuan umum bukan sahaja untuk masyarakat di Seberang Perai tetapi satu dunia sedang memerhatikannya. Apabila YB Ustaz Hamdan ADUN dari PAS kembali ke Rahmatullah. Maka telah diputuskan oleh SPR tarikh 25 Ogos 2009 untuk Pilihan Raya Kecil. Masakan aku dan warga JIM SPT sanggup duduk diam dirumah. Sedangkan N11 berada di dalam kawasan JIM SPT. JIM tidak boleh terlibat aktif kerana bukan parti politik tetapi sebagai seorang individu dan rakyat Malaysia mempunyai kebebasan yang tertentu.

JIM SPT telah bersetuju untuk ahli-ahlinya dengan sukarela membantu MAFREL, sebuah badan bebas Pemerhati Pilihan Raya (Malaysian For Free And fair Election). Badan ini membantu SPR dengan menjalani pemantuan dan proses pilihanraya berjalan lancar, bersih, tanpa pelanggaran di sudut undang-undang. MAFREL ini adlah di bawah naungan Panji-panji Yang Di Pertuan Agong.

Setelah menyemak beberapa borang yang diperuntukan kami telah sedia untuk "OPS Jalan-jalan Cari Hantu".

Jenuh juga hampir tiap-tiap malam kami hadir ke Pusat Operasi MAFREL untuk musim N11 di Dewan JKKK, belakang Masjid Kampong Pelet untuk mendengar dan belajar taklimat dan latihan peraturan, panduan tugas pemerhati pilihan raya dan undang-undangnya.

Lagak macam pengawai kesihatan masuk kampong.

Hari Sabtu 22 Ogos 2009 setelah terima taklimat jam 8.30 pagi kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyemak pengundi-pengundi yang umurnya sangat lanjut dan mereka yang sangat ramai tetapi di alamat yang satu. "Operasi Tangkap Hantu". Letih sangat pagi hingga petang kumpulan kami ke Cross Street dekat Bukit Mertajam. Di sana ramai penduduk kaum Cina. Banyak pengalaman yang kami perolehi di sini. Balik ke rumah rebah badan terus 'pangsan'. Walaupun tugas dan kerja kami amat kecil tetapi juga ada kes yang oarang sudah mati tetapi nama masih ada di dalam daftar pengundi.

Isnin, 17 Ogos 2009

JO vs RA.


Adakah JO membayangkan JIM sebegini? ( Polis Wanita Iran cuma gambar hiasan)

Apa yang berlaku diantara YB Jeff Ooi (JO) dan Hj Razali Abdullah (RA) beberapa hari yang sudah merupakan suatu isu yang perlu ditangani dengan bijak. Perasaan dan cara fikir sudah tentu akan mempengaruhi tindakan kita. Ada yang akan mencabar dan ada yang akan tercabar. Mereka yang ingin menunjuk kejantanan pasti mahu melahirkan satu sikap tegas yang tiada kompromi. Mereka yang mahu bersabar dan menggunakan pendekatan tertolak-ansur akan dikatakan dayus dan penakut. Bagaimana pula mereka yang hanya tunggu dan lihat sahaja?

Mari kita analisa bersama. Pergeseran ini adalah berbentuk tiga penjuru. Penjuru pertama ialah di antara JO dan RA. Ianya melibatkan masalah peribadi, kerjaya dan amanah. Ianya juga merupakan pegeseran pentadbiran dan berlainan budaya kerja dan pendapat atau pegangan. Mungkin ada unsur-unsur sikap dan keperibadian. Ini biarlah mereka berdua selesaikan dengan bertolak-ansur di antara satu sama lain. Tidak perlu sangat campur tangan luar. Budaya kerja mana yang tidak betul atau budaya kerja siapa lebih baik. Siapa perlu dipecat atau memecat. Itu soal institusi atau badan mereka yang berkenaan.
JIM banyak menekankan aktiviti tarbiah. Diantaranya ialah program usrah mingguan atau diskusi kumpulan kecil. Saluran matlumat, motivasi, semak diri, peringatan dan kebajikan ahli dititik-beratkan.

Penjuru kedua ialah di antara JO dengan JIM. Apabila visi sesebuah pertubuhan yang berusia hampir dua puluh tahun dipertikaikan oleh seseorang individu maka individu ini perlu diperbetulkan atau diperjelaskan. Kemungkinan ini adalah salah satu kejahilan individu itu atau mungkin satu penentangan ideologi atau pegangan seseorang. Walau apa sebabnya sebagai satu wadah dakwah dan kebajikan JIM mesti sedar fenomena ini mengambarkan tahap kefahaman seorang individi yang boleh mewakili sekelompok manusia yang masih tidak cukup dalam memahami pernyataan Visi JIM. Tidak mustahil jika ada juga orang Islam itu sendiri yang tidak mahu atau tidak faham atau tidak yakin dengan pernyataan Visi JIM yang mahu menegakkan Syariat Islam menjelang 2020.

Di sini sudah jelas tugas JIM bukan lagi bersengketa dengan JO tetapi banyak kerja perlu dibuat untuk memperjelaskan "Apa itu Syariat Islam" dan bagaimana ma'aruf besar ini menjadi pegangan aqidah sebagai seorang muslim. Sebagaimana wajib orang Islam melaksanakan solat lima waktu begitulah wajibnya kita menegakan Syariah Islam di atas muka bumi ini. Pengetahuan bahawa orang yang belum Islam ini akan mendapat manfaat besar jika bernaung di bawah Syariat Islam ini. JIM harua banyakan forum dan seminar mengenai Syariat Islam dan perlaksanaannya. Jika JO tidak faham maka menjadi tugas kita memahamkan beliau begitu yang lain.

Memang masih kurang cukup program ceramah dan seminar yang JIM anjurkan. JIM harus melipat-gandakan program sebegini agar masyarakat lebih celik.

Penjuru ketiga adalah JO dengan umat Islam. Sebagai umat Islam yang prihatin dan memahami tuntutan Syariat Islam sudah pasti akan marah dengan kenyataan JO. Beliau menegaskan, penegakan Syariat Islam adalah suatu perkara yang bahaya. Maka amat wajar FORUM, satu gabungan NGO Islam membawa isu ini ke hadapan. Walau bagaimana pun apa sahaja tindakan FORUM seharusnya tindakan yang terbaik yang mewakili semua NGO Islam. Bukan dipengaruhi oleh sikap atau budaya NGO tertentu. Keutamaan umat didahulukan. Tindakan undang-undang yang diperuntukan kita guna pakai dengan sebijak-bijaknya. Jangan hanya mengikut latahan daripada golongan tertentu yang ingin menangguk di air keruh sahaja. Agar tidak ada yang sewenang-wenangnya mempersenda Penegakan Syariat Islam di muka bumi ini lagi.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sarapan Perdana Ubi Kayu di STAIL 8 Ogos 2008 8.30 pagi

Salam.
Alhamdulillah.
Barakallah I & A yang dikasihi sekelian.

InsyaAllah.
YDP JIM SPT berhajat bersama di dalam Gotong Royong di Sek Tahfiz Al Islah Tok Bedu, Tasik Gelugor pada 8.30 pagi pagi Sabtu 8 Ogos 200. Ini adalah kerana Ust Ahmad Fahmi dan STAIL banyak memberi khidmat bakti kepada kita dan masyarakat. Maka marilah kita berikan sokongan padu kepada projek amal ini. Kerahkan semua anggota keluarga, sahabat, anak usrah/buah. Jika kita seorang tidak boleh hadir carikan 5 orang untuk pengganti. Jangan lupa pakai baju JIM.

Sarapan Pagi Perdana Ubi Kayu 16 kg, telah dibeli oleh Ahmad Baharuddin (Habuna). Rebus kemudian cicah gula ke kelapa parut ke pun SODAAP. Ini JIM SPT sponsored. Dulu tak dan rasa masa Perang Jepun.

Jangan duduk di rumah esok pagi, semua kena keluar.
PSTT (Pagi Sabtu Tidak Tidur)

J & W

Rusli Hashim
YDP JIM SPT

Rabu, 5 Ogos 2009

JIM Bukan Ekstremis

Kita amat tidak bersetuju YB Jeff Ooi mengaitkan misi JIM sebagai satu perkara yang bahaya, apatah lagi menuduh ahli JIM Hj Razali Abdullah sebagai ekstremis.

Adalah merupakan satu kesilapan besar kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 2 Ogos 2009 , mukasurat N12. YB Ooi telah mengkritik hebat Hj Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Pertama YB Ooi telah menuduh Hj Razali Abdullah sebagai seorang ekstremis agama semata-mata kerana Hj Razali adalah salah seorag ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Kedua YB Ooi juga telah mempertikaikan Misi Jamaah Islah Malaysia iaitu "Ke arah Penegakkan Syariat Islam Menjelang 2020". Ketiga YB Ooi juga menyatakan adalah suatu perkara bahaya bagi pihak majlis membenarkan seorang ekstremis Islam di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Kenyataan YB Ooi ini melambangkan beliau kurang arif dan cetek pengetahuan mengenai JIM , syariat Islam dan umat Islam. Beliau hanya bermasalah dengan Hj Razali tetapi kenapa JIM pula dibabitkan bersama.

Kerja Amal mengedar risalah di pasar malam untuk kesedaran dan membantu rakyat Palestin. Adakah usaha murni JIM ini juga kerja-kerja ekstremis ?

JIM seperti yang diketahui umum merupakan suatu NGO Islam yang berkonsepkan dakwah dan kebajikan. JIM telah berada bersama masyarakat hampir 20 tahun. Dengan slogan, “Bersama Islam Membina Masyarakat” telah berjaya memberi khidmat kepada masyarakat di semua peringkat. JIM juga telah banyak memberi sumbangan bakti melalu sayap pendidikan, remaja, belia, wanita dan kebajikan. Ini tidak dapat dinafikan lagi.

JIM memberi bantuan kerusi roda kepada yang memerlukan. Adalah kebajikan sebegini ini kerja ekstremis.

Mengenai misi penegakkan Syariah Islam ini, ianya sudah menjadi aqidah atau pegangan setiap individu Islam yang menginginkan Syariah Islam terlaksana. Pemahaman, masa dan cara perlaksanaannya juga harus diperjelaskan. Perlaksanaan Syariah Islam merupakan suatu ma’aruf (kebaikan) yang terbesar dan semua agama akan dijamin selamat bernaung di bawahnya. Tiada langsung perkara ektremis mengenai perkara ini.

JIM sentiasa membuat aktiviti untuk remaja. Adakah ini juga ekstremis?

Seharusnya YB Ooi bertanya dahulu apa itu JIM sebelum membuat andaian sendiri kemudian dengan terang-terangan membuat kenyatan akbar yang menguris hati bukan sahaja ahli JIM tetapi umat Islam yang lain. Jika YB Ooi dan Hj Razali mempunyai masalah dalaman di dalam majils jangan dipalitkan JIM bersama. Sama juga dengan YB Ooi tentu setuju adalah tidak wajar jika Hj Razali menyerang persatuan agama yang dianuti oleh YB Ooi pula

Kami ingin mengesyorkan YB Ooi supaya datanglah bertanya apa-apa yang dimusykilkan mengenai kewujudan JIM. Semoga kekeruhan ini tidak berpanjangan. Kami sedia membantu.

Rusli Hashim
Yang DiPertua
Jamaah Islah Malaysia Seberang Perai Tengah

Rabu, 29 Julai 2009

MAD DITANGGUHKAN!

Adalah dimaklumkan bahawa MESYUARAT AGONG DAERAH JIM SBEREANG PERAI TENGAH seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Pihak urusetia memohon berbanyak kemaafan atas kesulitan yang berlaku. InsyaAllah, pihak urusetia akan memaklum tarikh baru MAD apabila keputusan baru telah dibuat.

Harap maklum dan sebarkan berita ini...

Sabtu, 25 Julai 2009

Mesyuarat Agong Daerah ( MAD )

Musim mesyuarat agong dah bermula. Menghadiri mesyuarat adalah salah satu dari tanggungjawap para ahlinya dalam usaha menghidup, menggerak dan menjaga kelansungan perjuangan mempertahankan kebenaran Islam.

Antum semua dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri;

MESYUARAT AGONG DAERAH JIM SEBERANG PERAI TENGAH
TARIKH: 9 OGOS 2009
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
LOKASI: DEWAN SEMINAR 2, MADRASAH AN NAHDOH, KUBANG SEMANG


Marilah bersama-sama kita;

1. Menunaikan tanggungjawap berjamaah
2. Bertemu rakan-rakan dalam suasana ukhuwwah
3. Mengetahui perkembangan terkini jamaah
4. Memberi pandangan/sumbangan untuk memantapkan lagi jamaah

Selepas selesai MAD kita akan menghadiri PERHIMPUNAN PERWAKILAN NASIONAL (PPN) pula.


Sekalian saf kepimpinan yang ada menanti-nanti kehadiran kalian. Maklumat seterusnya akan diuar-uarkan melalui jaringan mel kita.

Ahlan Wa Sahlan!

Sabtu, 18 Julai 2009

KRJ SPT Hari Ini Dalam Sejarah

Di rumah rumah Nik Aufa berlangsung mesyuarat KRJ Negeri.

Di rumah Ustaz Nik Aufa di Bukit Pancung, Nibong Tebal, 18 Julai 2009 berlangsung mesyuarat KJR Negeri, pagi itu JIM SPT turun dengan 4 orang wakil/pemerhati; Khaizul, Eida Khairani, Rahidah dan YDPnya sebagai dereba dan juga pemerhati. 13 orang kesemuanya kami dijamu buah-buahan dan kemudiannya siap dengan makan tengahari. Best betul menu ustaz kita ini dua pilihan nasi puteh atau tomato, ayam atau ikan keli dan lain-lain.
Diantara perkara yang sempat dicatat ialah 31 Ogos 2009 tarikh akhir menghatar borang ahli KRJ baru maka perlu didaftarkan dalam format baru ini keseluruhan ahli kita. Dengan bayaran yurannya sejumlah RM5.00 seorang. Serahkan borang ahli itu kepada KRJ Negeri untuk dimuat turun ke pangkalan data KRJ.
Waktu rehat sempat juga wakil SPT ini baca surat khabar hendak tahu juga hal dunia dalam dan luar negara.
Mesyuarat akan datang KRJ Negeri ialah pada 21 Julai 2009 jam 8.30 malam di I4P, berhampiran dengan RECSAM atau mungkin KJPP. Manakala pada 23 Julai 2009 jam 9.00 malam pula akan diadakan mesyuarat KRJ dengan YDP Negeri di KJPP. Agendanya berkisar dengan prestasi pencapai bertepatan dengan RJIM2.
JIM SPT berharap Khaizul Zakaria akan menerajui KRJ di SPT dengan semangat dan ide yang lebih inovatif dan kreatif untuk sesi hadapan. Jangan lupa datang pada Mesyuarat Agong Daerah (MAD) pada 9 Ogos 2009 ini.

Khamis, 16 Julai 2009

Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Rabu 15 Julai 2009

Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat sedih dengan kematian yang banyak di Urumqi dan beberapa pekan lain di Turkistan Timur (Xinjiang Uighur Autonomous Region). Hakikat kejadian pembunuhan di sebuah kilang di Shaogun, wilayah Guangdong, mencetuskan pertumpahan darah di Urumqi, menggaris bawahkan penderitaan yang dialami oleh Turkistan Timur yang telah lama dijajah.

Peristiwa ini adalah reaksi spontan satu kaum yang telah lama dinafikan kebebasan dan terus tertindas hingga tiada harapan jalan keluar. Polisi regim Komunis yang berterusan mengamalkan transmigrasi, assimilisasi dan “penchinaan” (transmigration, assimilation and “sinification”) tanah jajahannya menjadi punca utama keresahan di Turkistan Timur serta wilayah lain seperti Tibet. Identiti ugama dan budaya masyarakat Uighur mahu dihapuskan oleh regim Komunis China. Diskriminasi kaum juga berleluasa. Umat Islam dilarang mengerjakan solat Jumaat atau melaksanakan ibadah haji.

China yang menyediakan dirinya untuk menjadi kuasa besar dunia dari segi ekonomi dan politik seharusnya mempamerkan teladan kepemimpinan yang baik di dalam mempertahankan hak asasi manusia dan keadilan sejagat. Pendirian yang kerap ditunjukkan sebagai memihak kepada golongan yang tertindas di pentas dunia, hanya bermakna jika tidak menindas masyarakat minoriti di dalam negerinya. Dunia memerhatikan gelagat China dan peristiwa Urumqi merupakan satu lagi titik hitam kepada kewibawaannya.

JIM bersetuju dengan pendirian kerajaan Turki. Kami juga mengalu-alukan usaha kerajaan Turki mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan kekejaman yang berlaku di Urumqi. Kebisuan masyarakat antarabangsa memekakkan. Jaguh-jaguh keadilan dan hak asasi terhenti berkokok, rupanya tergamam di hadapan gergasi ekonomi ini.

JIM menyeru kerajaan China supaya:
1. Menangani punca sebenar di sebalik sejarah pergolakan yang berterusan oleh masyarakat Uighur, termasuk pencabulan hak asasi manusia secara sistematik dan berterusan terhadap mereka, penahanan sewenang-wenang dan pemenjaraan,

2. Memenuhi kewajipan antarabangsanya dengan menghentikan penahanan arbitrari dan penganiayaan terhadap orang tahanan,

3. Mematuhi segala piawaian antarabangsa mengenai keadilan dan pembuktian dalam penuduhan di mahkamah terhadap masyarakat minoriti Uighur,

4. Berhenti menggunakan kejadian terbaru ini sebagai satu alasan untuk terus menindas dan mendiskriminasi masyarakat Uighur dan

5. Menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan beragama dan pengamalan budaya masyarakat Uighur dan masyarakat minoriti yang lain di China.

JIM menyeru kerajaan Malaysia menyatakan keprihatinannya terhadap peristiwa Urumqi serta nasib masyarakat minoriti yang tertindas di China..

Zaid Kamaruddin
Presiden JIM

Selasa, 30 Jun 2009

Seminar Menangani Isu-isu Wanita Islam (SMIWI) 2009

Diantara barisan AJK SMIWI yang gigih berusaha memastikan seluruh perjalanan seminar berjalan lancar.

Seminar Menangani Isu-isu Wanita Islam (SMIWI) 2009 telah dilansungkan dengan jayanya di Dewan Mahligai Kencana, Bangunan PERKESO, Seberang Jaya pada 28 Jun 2009 . Alhamdulillah , penyertaan peserta amat baik dengan kehadiran melebihi 130 orang. Jumlah ini telah mencapai sasaran penganjur. Sebanyak 12 gerai telah disediakan terdiri dari gerai usahawan kecil, ibu tunggal, OKU dan rakan-rakan Wanita JIM.

Para peserta SMIWI sedang memberi tumpuan. Mereka terdiri daripada ahli-ahli JIM, guru, pelajar dan orang ramai.

Seminar ini bertemakan “Halalan Toiyiba Memperkasakan Ekonomi Ummah” dengan berpaksikan 3 objektif utama. Pertama ialah untuk menjelaskan konsep Halalan Toiyiba yang sebenar mengikut Al Quran dan Sunnah. Kedua ialah untuk menyediakan alternatif bagi membina jaringan ekonomi wanita Islam demi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Ketiganya ialah untuk memperkasa dan meningkatkan daya saing ekonomi wanita Islam sebagai persediaan menghadapi krisis ekonomi negara dan dunia.

Ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) turut memberi sokongan untuk bersama di dalam seminar ini.

Keseluruhan seminar ini berjalan lancar walaupun di saat akhir pihak YAPEIM tidak dapat hadir untuk memberi ucaptama dan perasmian kerana masalah yag tidak dapat dielakan. Namun TYDP JIM Negeri Pulau Pinang, peguam Mustafa Basri telah mengambil alih dan menyempurnakan ucapan dan perasmian tersebut.

Pada sesi pembentangan kertas kerja pertama: Halalan Toiyiba Cabaran Kesuburan Iman oleh Dr Md Roslan Hashim telah membuka minda dan sedikit sebanyak menjelaskan konsep Halalan Toiyiba yang sebenar dengan begitu luas. Menyangkal pandangan sempit dan remeh oleh kebanyakan orang ramai.

Seterusnya Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail Ahmad membentangkan Kertas Kerja Kedua yang bertajuk Halalan Toiyiba Memperkasa Ekonomi Ummah. Penceramah telah memberi penekanan kepada kepentingan usahawan Muslim mengeluarkan produk halal dan baik tanpa bergantung dengan non- Muslim apatah lagi produk Zionis dan sekutunya. Beliau juga menekankan kepentingan jaringan perniagaan umat Islam agar tidak terbelenggu dengan masalah pemasaran produk ; yang akhirnya akan menyebabkan banyak syarikat Bumiputera gulung tikar. Pengalaman beliau berkecimpung selama lebih 25 tahun dalam Industri Halal telah banyak membantu petani, usahawan kecil, ibu tunggal ,anak yatim dan OKU.

Sesi seterusnya, perkongsian kejayaan Pengarah Urusan Early Learning Centre (ELC) Pn. Mahayati Ibrahim dari Johor. Perkongsian yang sangat bermanfaat terutama bagi mereka yang bekerja atau berlatar belakang kan perguruan . Mengendalikan belasan buah tadika dan taska dengan lebih seribu pelajar merupakan satu kekuatan yang ada pada ELC. Semangat, kesungguhan dan keikhlasan bekerja terserlah pada diri beliau .

Sesi petang diteruskan dengan forum: Peranan dan Cabaran Wanita Dalam Menghadapi Krisis Ekonomi Semasa yang dipengerusikan oleh Dr Lilis Surienty, Wanita JIM PP. Panel-panelnya ialah; Setiauaha Persatuan Ulama Malaysia PP Ust Mohd Nizam Mahshar, Wakil Ibu tunggal Pn Azizah Saari dan Pn. Mahayati Ibrahim ELC. Perkongsian yang menarik, dengan pelbagai persoalan ummat yang tidak berkesudahan khususnya masalah di dalam pasaran produk halal. Walau bagaimanapun, banyak maklumat yang diberikan oleh ahli panel dan juga Dr Lilis yang telah membuat kajian-kajian awal.

Cikgu Rusli Hashim YDP JIM SPT menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang peserta SMIWI bagi pihak JIM Negeri Pulau Pinang.

Sesi ucapan penutup telah disempurnaka oleh Pn. Mardiana Abdul Rahim Ketua Wanita JIM Pulau Pinang . Diikuti dengan cabutan bertuah dan penyampaian empat buah kerusi roda oleh Pn. Hjh Farihah Abu Bakar dari Wanita JIM PP dan YDP JIM SPT Cikgu Rusli Hashim. Setinggi-tingi penghargaan kepada semua, Exco Kerajaan Negeri, HPA Industries, HPA Musleh, YAPEIM dan para penyumbang. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Dilaporkan oleh :
Ustzh Saliza ZainolTim.
Pengarah SMIWI09/ TPSM WJSPT