Rabu, 25 Mac 2009

Salam dari Sarawak


Assalamualaikum.
Semoga kalian sihat-sihat belaka hendaknya.

Gambar di atas diambil di Taman Negara Similajau Bintulu, Sarawak. Kebetulan pada 16/03/2009~20/03/2009 kena buat kerja di Bintulu, maka inilah peluang meronda-ronda. Di Sarawak saya ditugaskan dengan bermacam-macam kerja dari inspection, siasatan dsbnya.

Di Taman Negara ini ada sebuah sungai yg bertemu ke laut. Pantainya boleh tahan dan ada chalet lagi. Jika hendak buat ‘camping’ cantik. Tapi yang bahaya tu, sungainya ada 'boya', siap diletakkan “sign board’, "AWAS ADA BUAYA".

Perjalanan dari Kuching ke Bintulu lebih kurang 10 jam dan jaraknya lebih 650km menggunakan kenderaan pejabat ‘Fortuner’. Di sepanjang perjalanan, kiri kanan akan nampak rumah panjang. Sekarang sudah moden, “Astro pun ada oooi”. Kebanyakan rumah panjang bukan macam dulu lagi, sudah ada yang bertukar menjadi rumah teres dua tingkat macam di Semenanjung juga.

Itu saja laporan dari Kuching Sarawak. InsyaAllah saya akan pulang bercuti pada 01/04/2009 hingga 8/04/2009 ini. Bulan Jun nanti baru saya bawa keluarga pindah.

Rahime-JKKP Sarawak

“Lepas ni nak kena belajar buat blog laa..Akhi YDP Rusli & Akhi Abu boleh bg kot tipsnya”.

3 ulasan:

insan marhaen berkata...

Wah... best ya ronda-ronda kat sana. ada jumpa burung kenyalang & bunga raflesia ke?

hj atan berkata...

memang disana ada byk burung kenyalang dan bunga raflesia..dan disana juga ada byk boya dan ular.

Selamat menempuh dugaan bak..

limaumaniss berkata...

nanti nak balik semenanjunga boleh petik raflesia sekuntum...hehe...
rasa x lengkap pulak meeting KRJ tanpa paklang...slamat berjuang di bumi kenyalang..