Ahad, 23 Ogos 2009

"Aku tak nak duduk diam"

Diantara latihan di Pusat Operasi MAFREL ialah cara-cara mencuci tangan dengan betul. Maklumlah ramai orang yang bakal kami berinteraksi dan bersalaman. Ada tujuh langkah yang patut diikuti. Kami import pakar khas dari Hospital BM.

N11 DUN kawasan Pematang Pasir menjadi tumpuan umum bukan sahaja untuk masyarakat di Seberang Perai tetapi satu dunia sedang memerhatikannya. Apabila YB Ustaz Hamdan ADUN dari PAS kembali ke Rahmatullah. Maka telah diputuskan oleh SPR tarikh 25 Ogos 2009 untuk Pilihan Raya Kecil. Masakan aku dan warga JIM SPT sanggup duduk diam dirumah. Sedangkan N11 berada di dalam kawasan JIM SPT. JIM tidak boleh terlibat aktif kerana bukan parti politik tetapi sebagai seorang individu dan rakyat Malaysia mempunyai kebebasan yang tertentu.

JIM SPT telah bersetuju untuk ahli-ahlinya dengan sukarela membantu MAFREL, sebuah badan bebas Pemerhati Pilihan Raya (Malaysian For Free And fair Election). Badan ini membantu SPR dengan menjalani pemantuan dan proses pilihanraya berjalan lancar, bersih, tanpa pelanggaran di sudut undang-undang. MAFREL ini adlah di bawah naungan Panji-panji Yang Di Pertuan Agong.

Setelah menyemak beberapa borang yang diperuntukan kami telah sedia untuk "OPS Jalan-jalan Cari Hantu".

Jenuh juga hampir tiap-tiap malam kami hadir ke Pusat Operasi MAFREL untuk musim N11 di Dewan JKKK, belakang Masjid Kampong Pelet untuk mendengar dan belajar taklimat dan latihan peraturan, panduan tugas pemerhati pilihan raya dan undang-undangnya.

Lagak macam pengawai kesihatan masuk kampong.

Hari Sabtu 22 Ogos 2009 setelah terima taklimat jam 8.30 pagi kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyemak pengundi-pengundi yang umurnya sangat lanjut dan mereka yang sangat ramai tetapi di alamat yang satu. "Operasi Tangkap Hantu". Letih sangat pagi hingga petang kumpulan kami ke Cross Street dekat Bukit Mertajam. Di sana ramai penduduk kaum Cina. Banyak pengalaman yang kami perolehi di sini. Balik ke rumah rebah badan terus 'pangsan'. Walaupun tugas dan kerja kami amat kecil tetapi juga ada kes yang oarang sudah mati tetapi nama masih ada di dalam daftar pengundi.

1 ulasan:

hj atan berkata...

Kalau nak ikut hati mmg la nak duduk dirumah saja..senang aje bagi alasan "bagi kat orang muda buat la"...

Saya yg veteran ni mcm tu jugak..tak boleh duduk diam..nak menyumbang tenaga..nak menyumbang wang ringgit kita kurang sikit..tau la jalan2 cari hantu..kena berjalan..pastu letih..

Mlm pulak kena mai dngar ceramah undang2 oleh Tuan peguam Harryzan..mata jadi kecik..badan lingtok sebelah kiri..tuan peguam semangat lagi..w/pun kami dah hampir mati..he..he