Khamis, 10 Jun 2010

Penggunaan istilah Israel

Islam.
Islam dan orang Islam telah diberi nama semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi. ‘Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang Islam semenjak dahulu.’ Al Haj 22:78 Ketika Tuhannya berfirman kepadanya (Ibrahim) "Aslim" Islamlah kamu (tunduk dan patuhlah) Maka telah dijawab Aku telah Islam (tunduk dan patuh) kepada tuhan sekelian alam.’ Al-Baqarah 2:131

’Dan Ibrahim telah berpesan dengannya kepada anak-anaknya begitu juga dengan Ya'qub. Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih untukmu satu cara hidup (agama) maka janganlah kamu mati melainkan kamu orang Islam’ Al-Baqarah 2:132 ’Atau adakah kamu hadir ketika Ya'qub didatangi (tanda) kematian ketika berkata kepada anak-anaknya Siapa yang akan kamu abdikan diri selepas ku? Jawab mereka: Kami abdikan diri kepada tuhan kamu dan tuhan bapa-bapa kamu (iaitu) Ibrahim, Ismail dan Ishak tuhan yang satu. Dan kam iorang-orang Islam.’ Al Baqarah 2:133
Apa ada pada nama? Kita tentunya sebagai umat Islam telah mengetahui bahawa Nabi-nabi semuanya Islam. Tetapi agak menarik juga ialah nama orang Islam dari terjemahan muslim/muslimin atau muslimum telah diguna pakai sekian lama. Jadi ummat yang terdahulu pun adalah umat Islam. Jika nabi-nabi tersebut hidup hingga zaman sekarang mereka tergolong dan akan mengolongkan diri sebagai orang Islam. Jadi jika nabi Ya'qub dan anak-anaknya masih hidup mereka akan bersama dengan orang Islam, jika mereka hidup tentunya mereka di kalangan orang-orang Palestin.


Begitu juga Fir'aun boleh dilihat sebagi menindas ummat Islam. ‘Hingga apabila ia hampir tenggelam berkatalah ia: Aku percaya tiada tuhan melainkan tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil. Dan aku termasuk dari kalangan orang Islam.’ Yunus 10:90 Jadi dalam keadaan sudah terlambat Firaun ingin menjadi orang Islam. Cuma keadaan zamannya menjadikan nabi-nabi terhad pada kaumnya sahaja. Sedangkan semua nabi-nabi dan rasul-rasul adalah Islam, milik orang Islam.

Israel
Telah diketahui bahawa Israel adalah satu gelaran kepada Nabi Ya'qub, seperti tersebut dalam Al Quran Surah Ali Imran 93 Jadi nama "Israel" apa-apa bentuk ejaan maupun sebutan yang digubah darinya adalah milik dan hak orang Islam. Tidak berhak lah orang Yahudi menggunakannya. jangan kita berikan hak, jangan diiktiraf.

Tetapi agak mendukacitakan apabila kita menunjuk perasaan ada slogan melaknat, mengutuk Israel. Untuk ini kita patut faham dan mempraktikkan dasar luar negara iaitu dasar dalam hubungan antara negara yang tidak mengiktiraf negara zionis itu. Tidak mengiktiraf kewujudannya. Jangan digunakan "Israel" untuk merujuk negara Yahudi tersebut. Kita boleh gunakan istilah zionis atau rejim Tel-Aviv. Termasuklah semua media berhuruf, buku-buku, peta-peta, dokumen komputer dan apa sahaja yang melabel negara Israel perlu ditukar kepada Palestin.

Dari sini kita boleh faham kenapa Hamas tidak akan mengiktiraf negara zionis tetapi sanggup berdamai bersyaratkan orang Palestin dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. ‘Bukanlah Ibrahim as. seorang yahudi dan bukan juga nasrani tetapi dia adalah seorang yang lurus (hanif) musliman.’ Ali-Imran 3:67

Kita sedar orang Yahudi sudah biasa menuntut dan mengaku perkara yang bukan hak mereka. Mereka tidak boleh tuntut bumi Palestin sebagai negara mereka dan mereka tidak boleh tuntut nama Israel untuk negara mereka. Hak mereka tidak lebih seperti manusia lain-lainnya. Mereka juga mendakwa mereka adalah manusia yang lebih mulia dari lain-lain bangsa sepertimana mereka dakwaan mereka. ‘Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasara kami ini anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya. Katakanlah jika begitu mengapa kamu diazab kerana dosa-dosa kamu? Bahkan kamu adalah manusia biasa dari yang telah diciptakan’ Al Maidah 5: 18 Dan kita mengetahui dari sunnah nabi-nabi dan melihat sekarang bahawa orang-orang mukmin akan terus berdiri teguh dalam seburuk mana keadaan pun dan mereka ini (ramai) tinggal di sekitar Baitul Maqdis. Jangan diperkecilkan Palestin hanya Tebing Barat (tempat Baitul Maqdis) dengan jalur sempit Gaza. Tempat yang dirampas Zionis semuanya sekali milik umat Islam. Tempat yang dijanjikan dahulu dan akan datang hingga akhirat semuanya atas nama Islam. Walaupun kita tahu orang Palestin bukan semuanya Islam tetapi Hamas memimpin dan membawa imej Islam kepada semuanya. Demikianlah Allah meninggikan syariatnya di atas segala agama. Allah Akbar.

Tulisan :
Wan Hasbullah Sungai Ara

1 ulasan:

hentian berkata...

kuasa besar dunia ini sebenarnya bukan US sebaliknya ialah israel. dan kita berada di bawah jari telunjuknya...