Jumaat, 22 Oktober 2010

Raudhatus Sakinah & Showcase Maher Zain ` Save the Soul'

Diletakkan di sini ucapan penghargaan dari Dr Harlina haji Siraj selaku Ketua Wanita JIM Pusat yang mengalu-alukan kejayaan Showcase maher Zain baru-baru ini yang dianjurkan bersama Raudhatus sakinah dan InTeam Records.

Salam

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran Dr.Har panjatkan ke hadrat Allah SWT yang memberikan satu pengalaman dakwah yang cukup unik sepanjang dua minggu kebelakangan ini ( 4-16 Okt.2010).

Tour dan Showcase MZ 2010 `Save the Soul (STS) sudah sampai ke penghujung apabila MZ dan isteri berlepas pulang dari KLIA jam 1155 hrs Sabtu 16 Okt. Semoga MZ pergi membawa bekalan motivasi dakwah yang sarat, yang mampu melonjakkan lagi aktivisme dan jihadnya. Semoga RS dan Dr.Har yang tinggal juga, semakin yakin dengan janji-janji Allah SWT dalam mengharung liku perjuangan dakwah di Malaysia.

Ucapan sepenuh penghargaan utk. semua yang terbabit - secara langsung mahupun tidak -dari penaja yang dermawan, peminat dan pendokong irama yang `faith-based, value driven', team RS dan Nasyid.com, artis dunia hiburan, media massa - tidaklah mampu RS melaksanakan semua ini tanpa semangat setiakawan dan teamwork yang gigih, tercetus dari niat yang ikhlas.

Dr.Har sempat bertemu MZ secara peribadi selama 4-5 kali sepanjang beliau di sini, dan merasa amat senang dgn watak dan pembawaan da'ie muda ini. Alhamdulillah, Allah memilih individu yang tepat utk. membawa mesej yang penting ini kepada golongan anak muda yang begitu dahagakan input dan bimbingan kembali menyintai Allah SWT.

Tema Save the Soul (STS) memang tepat pada masanya. Sekalipun kempen itu adalah yang pertama bagi RS (1999-2001) - sebelum kempen `Not Me, Not Now' (2002-2006), Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ-2007) dan yang terakhir `Lelaki Pelindung Wanita' (2010) - tema tersebut diangkat menjadi fokus dalam showcase kali ini. Ternyata percubaan itu berjaya - menarik minat MZ utk. datang, menarik ribuan peminat menghadiri persembahan MZ - dalam misi yang sememangnya tepat pada masanya - ketika `jiwa dan roh' remaja Muslim di negara ini amat perlu diselamatkan!

RS memang tidak pernah menduga dapat menganjurkan satu showcase yang membabitkan seorang artis antarabangsa seperti MZ. Namun, perancangan Allah mengatasi segalanya. Sesungguhnya, Allah SWT telah menetapkan bahwa RS yang mesti memikul tanggungjawab ini, maka dengan penuh tawakkal, kami bertekad melaksanakannya. Betapa cemasnya kami beberapa minggu terakhir persiapan bila para penaja nampak begitu skeptikal dengan kemampuan kami menganjurkan satu showcase tanpa pengalaman.
Semenjak kehadirannya pada 4 Okt., MZ dan team dari Awakening Records menimba banyak pengalaman baru. Selain sesi Meet the Fans & media elektronik ( IKIM.fm, Suria fm, Hot fm, KLfm, TV9, TV3, TV2) & cetak, Maher sempat bercuti ke Langkawi bersama isterinya Aishah. MZ dan Wali ( team Awakening) sempat bertandang ke RS Selangor pada 13 Okt, berkongsi cerita dan memberi motivasi kepada pelatih-pelatih di RS.

Selama dua malam berturut ( 14 - 15 Okt), showcase MZ STS diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam, Dr.Har rasa amat terharu dgn sambutan hebat yang ditunjukkan oleh peminat dari Malaysia. Penuh auditorium setiap malam ( kapasiti ~1400 org) Dalam dua malam sekitar 2,800 org meluangkan masa bersama RS. Kami menerima kunjungan kerabat Sultan Selangor, seorang timbalan menteri ( Dato Saifuddin - Timb Mente Pengajian Tinggi) & keluarga, Dato' Aminah A.Rahman Ketua Pengarah LPPKN & anak-anak, Dato' Bandar Shah Alam sendiri & isteri semasa showcase tersebut. Itu belum lagi fan club MZ yang diasaskan di Malaysia. Dari yang kecil hinggalah yang sudah berusia, semua hadir untuk `spiritual enhancement & enrichment'.

Sambutan terhadap STS Showcase MZ ini menjadi petanda - betapa umat Islam di negara ini, khususnya muda mudi Muslim amat perlu dihidangkan satu alternatif yang mampu mengatasi tarikan nafsu, syahwat dan iblis yang begitu mendesak dan mengasak mereka dari setiap penjuru. Unsur-unsur negatif yang tidak sabar-sabar mahu `mencuri dan merampas' SOUL kita semua yang sepatutnya hanya tunduk patuh kepada perintah Allah SWT.

Semasa melihat MZ membuat persembahan di pentas, Dr.Har tertanya dalam hati - mengapa Malaysia belum berjaya menghasilkan `Maher Zain'-nya sendiri? Sebaliknya, apa yang berlaku - ramai antara penyanyi Malaysia yang terkenal hari ini, dahulunya pernah menganggotai kumpulan nasyid. Namun, apabila sudah terjun sebagai penyanyi solo - genre lagu yang didendang langsung tersasar dari apa yang sepatutnya mereka lakukan dengn bakat dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Sekalipun mampu menghasilkan melodi yang indah dan membuai jiwa, namun lirik-liriknya, hanya memuja dan memuji kekasih manusia yang hina dina, melampau-lampau sehingga Dr.Har sering keliru, sama ada lagu ini utk. Tuhan atau hanya kekasih yang sama lemah, sama hina!

Betapa bersalahnya perasaan Dr. Har melihat kelompok muda yang telah lama terabai keperluan emosi dan spiritualnya. Rasa mahu meneruskan langkah gigih dan jihad bertambah membara dalam hati! Ya, RS akan terus berusaha - membantu usaha membebaskan anak remaja dari belenggu penderitaan ketandusan Islam,Iman dan IHSAN.

Sesungguhnya, banyak sungguh pentarbiahan Allah yang Dr.Har lalui sepanjang penganjuran showcase tersebut. Pengalaman ini mengesahkan RESOLUSI PERIBADI yang Dr.Har buat sejurus balik dari Muktamar Tarbawi IKRAM di MAEPS pada 9 Okt yang lepas:

1. Bahawa hanya Allah SWT yang berhak mentarbiah seseorang itu, menurut modul, cara dan kaedah yang sesuai dengan individu tersebut.

2. Sebanyak mana seseorang akan ditarbiah, juga bergantung kepada peruntukan rezeki yang telah ditentukan Allah utk. dirinya. Lama atau sekejap berada dalam satu sistem tarbiah, tidak menjamin kuantiti dan kualiti tarbiah yang diperolehi seseorang.

3. Bagaimana mengukur hasil sesuatu pentarbiahan? Tentunya dalam output amal yang boleh dilaksanakan. Sudah tiba masanya utk. kurang bercakap, dan banyakkan amal. Ya, itu peringatan buat diriku yang sering alpa dan lupa.

Semoga kita terus merelakan diri utk. ditarbiah oleh Allah SWT.....

Dr.Har

1 ulasan:

hentian berkata...

IM juga tumpang berbangga dengan kejayaan showcase ini.

keep it up!