Isnin, 26 Januari 2009

Air Mata Gaza

oleh: abu hanifah

Kisah Palestin adalah kisah lama, panjang dan entah bila akan selesai. Selepas ribuan rakyat Palestin mati, cacat, trauma dan kehilangan segalanya, barulah gencatan senjata hendak dilaksanakan. Bila sahaja GW Bush akan meninggalkan White House dan Barrack Obama mengangkat sumpah, begitu 'alim'nya Israel tergesa-gesa meninggalkan sempadan Gaza.

Ya... Tinggalkan Gaza setelah ranap. Tinggalkan Gaza setelah tercemar. Tinggalkan Gaza setelah menjadi sampah sarap. Negara Arab selepas itu mula menonjolkan diri kononnya bersimpati dengan jutaan dollar dihulurkan untuk membaikpulih infrastruktur Palestin.

Aneh! Memang aneh! Duit jutaan ringgit digunakan oleh rejim Israel untuk meranapkan kebahagiaan. Kemudian dikeluarkan pula jutaan ringgit oleh Arab untuk membina semula kebahagiaan. Macam buat filem UltraMan. Siapakah yang bodoh? Siapakah yang cerdik? Siapa yang untung?

Foto-foto ini diharap dapat membawa mesej penderitaan yang dialami oleh Palestin. Demo semakin reda. Media semakin kurang berita. Sumbangan juga akan perlahan datangnya.

Dan gencatan senjata itupun sebenarnya amat rapuh. Entah esok, entah lusa Palestin akan dibedil lagi. Gaza akan bermandi darah semula. Dunia akan kembali berarak di jalan raya. Media riuh seketika.

Tanah Palestin semakin mengecil dari dada peta dunia. Dulu merekalah majoriti, kini mereka minoriti. Dulu merekalah tuan, kini mereka menjadi buruan.

Beginikah adat dunia?



Tiada ulasan: