Selasa, 13 Januari 2009

Edar Risalah Boikot oleh JIM SPT...1

Salam,

Alhamdulillah.Semoga dirahmati , dikurniakan kekuatan dan ampuni segala dosa-dosa kita.



13 Jannuari 2009, bermula di tempat letak kereta Masjid Kubang Semang, beberapa warga JIM SPT berkumpul seawal 9.00 mlm. Diberi taklimat oleh ketua operasi - Cikgu Rusli Hashim bagi menyempurnakan misi "Bantu Palestin Mari Boikot Barang AS & Israel Fasa Pertama . "

Objektif operasi kali ini ialah pertamanya untuk menjana kesedaran dikalangan masyarakat tentang isu Palestin dan kedua ialah untuk melonjak amal dan motivasi diri para peserta.

Tempat yang ditentukan ialah di Pasar Malam Pematang Tok Elong, Tanah Liat, Seberang Perai Tengah. Yuran sumbangan sejumlah RM5.00 seorang bagi yang ingin menyumbang dikutip untuk membiayai operasi ini.



Peserta telah diminta memakai sebarang kemeja-T yang berlogo JIM dan amat digalakan kemeja-T berwarna hijau PPN2007 (USM Nibong Tebal).

Sasaran misi ini ialah pengunjung dan penjual pasar malam. Aktiviti berkisar hanya megedar risalah memboikot barang Amerika dan Israel.

Ketua operasi mengingatkan peserta agar jangan berdialog dengan mereka di sana untuk mengelakkan daripada sebarang masalah.

" Misi kita cuma edar risalah dan elakan pentengkaran", pesan beliau.



Operasi berakhir dengan baik tanpa sebarang masalah dan mendapat pujian daripada beberapa pengusaha pasar malam tersebut. Semua peserta kemudiannya berkumpul di warung makan di sebelah Masjid Kubang Semang. Beberapa maklumat dan laporan telah dikumpul dan penyusunan jadual untuk operasi seterusnya telah dibuat dan dipersetujui. Semoaga Allah mengganjari usaha kerdil mereka ini.



Rusli Hashim
Ketua Operasi

Tiada ulasan: