Khamis, 15 Januari 2009

Ayah, Boikotlah Ayah!

Di paparkan di sini sebuh tulisan yang diambil dari emel. Tulisan ini telah di sunting sesuai untuk untuk tatapan umum.


Ayah, boikotlah ayah!
--------------------------


Ayah , kenapa ayah tak boikot barang Israel ?
Kenapa ayah tak boikot barang Amerika ?
Rokok itu buatan kilang Amerika ayah

Ayah larang saya merokok
Tapi ayah sendiri hisap rokok
Rokok buatan Amerika
Asap rokok tu macam asap rumah rakyat Palestin yang dibom

Ayah , kenapa kita tak boikot restoran makanan segera ?
Along , dah lama menganggur ayah
Nak buka warung burger
Orang kita tak ramai yang sokong ayah

Boikotlah restoran makanan segera ayah
Biar Along dan kawan-kawan dia yang ramai menganggur
Dapat mereka buka warung burger

Ayah , kenapa kita tidak boikot makanan Amerika ?
Paksu yang berniaga pasar malam
Katanya , pengunjung semakin kurang sekarang

Boikotlah kedai, makanan dan minuman Amerika ayah
Biar Paksu dan peniaga pasar malam, pasar tani
Bertambah maju

Ayah , kenapa ada yang berkata
kalau boikot , ramai tak kerja
Tapi dah dua kilang di Senawang dah tutup

Satu kilang papan, satu kilang sarung tangan
Tak ada kena mengena kilang ni dengan boikot

Boikotlah ayah
Banyak untung boikot ni ayah
Dapat bantu rakyat Palestin
Dapat memeningkan Israel dan Amerika
Dapat bantu Along, Paksu dan ramai lagi

Boikotlah ayah
Itulah senjata kita selain doa

Tiada ulasan: