Rabu, 14 Januari 2009

Edar Risalah Boikot oleh JIM SPT...2

Salam,

Alhamdulillah.Semoga dirahmati, dikurniakan ketahanan imam dan amal.

14 Januari 2009. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah Masjid Seberang Jaya. Operasi edar risalah malam itu tertumpu di Pasar Malam Jalan Tuna, Seberang Jaya. OPS 2 anjuran JIM SPT kali ini telah diketuai oleh TYDPnya Tuan HJ Atan dengan taklimat dan tazkirah yang memang power, mengimbau sirah Nabi Ibrahim as dicampak ke alam api besar.

Edaran risalah telah meningkat kepada 1,500 helai berbanding sebelumnya 800 helai sebelum ini.


Di akhir OPS 2 ini Tuan Hj Atan telah membentangkan 21 langkah bagaimana kita boleh membantu rakyat Palestin untuk menyangkal dakwaan mereka yang beranggapan bahawa kita tidak boleh buat apa-apa.


Malam Jumaat, 15 Januari 2009 OPS 3 akan menerjah ke Pasar Malam Desa Murni, Sungai Dua, insyaAllah. OPS 3 nanti akan di ketuai pula oleh PSU peguam Harryzan Yaakob dan akan bermula dengan solat Maghrib di Masjid Permatang Pasir.

Semoaga Allah menganjari usaha kercil kami semua ini.

Catatan:
Rusli Hashim

Tiada ulasan: